Followers

Saturday, September 01, 2012

Petanda Umno telah bersedia bubar parlimen minggu ini.

Nampaknya, Umno kian selesa kerana telah mendapat sokongan majoriti rakyat malam tadi, mengikut kata Najib-lah! 

Puas hati beno Najib dengan kehadiran yang begitu ramai tak kiralah yang diarah ke, yang diupah ke, yang dibayar ke,  yang diangkut ke, yang di paksa ke... janji penuh stadium! Yahoo....majoriti rakyat bersama Najib dan Rosmah Mansur! Suka benor rakyat di stadium bersama Rosmah Mansor...ewah!!!

Maka itu dengan sokongan majoriti rakyat tersebut patutnya Najib dan Rosmah bubarlah parlimen cepat, esok ke,  tunggu apa lagi? 

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama putrajaya dikebas PR!!

Berita dipetik:

‘Majoriti rakyat’ di himpunan Janji Ditepati, kata Najib



Ahmad Fadli KC 1 Sept 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rakyat majoriti yang cintakan negara.

Beliau menyifatkan demikian dalam ucapannya malam tadi dengan membandingkan para hadirin ke perhimpunan tersebut dengan sejumlah 10,000 peserta Janji Demokrasi yang berhimpun di tepi Dataran Merdeka pada Khamis malam.

"Malam ini malam majoriti rakyat yang menunjukkan semangat rakyat yang cintakan negara.

"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.


Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.
 
"Malam ini lebih bertenaga dan berinspirasi (berbanding malam semalam).
'Pecah rekod Twitter'

"Malah, kalau saya guna istilah sempoi dan cool inilah gambaran semangat yang dapat kita terapkan malam ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin dalam stadium dengan muatan hampir 90 ribu orang itu....

Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/207662

No comments: