Followers

Sunday, September 09, 2012

Taraf pemikiran politik sebuah parti

Ini taraf politik sebuah parti yang sedang memerintah Malaysia!

1. Serang pejabat parti lawan kerana tidak mampu lagi untuk berlawan secara bijaksana lagi berakal. Perlawanan kaedah lembu digunakan. Tahniah Dr Mahathir!


2. Nak berbahas dengan parti lawan tidak mampu menggunakan body language yang lebih dan sivik, hanya mampu menggunakan kaedah ini yang lebih spontan dan mahir dikuasai kerana dalam fikiran itu sudah tidak ingat benda lain lagi! Benda tu je yang dia ingat!


3. Senjata akal dan kebijaksanaan berhujah sudah tidak larat digunakan kerana parti lawan terlalu berkualiti, bijak dan lebih menarik serta berintegriti. Untuk seimbangkan daya tarikan, maka pemikiran cat merah digunakan walaupun pemikiran cat merah itu bertaraf longkang, samseng yang tolol! Betapa susahnya menjadi parti bodoh!

 4. Sudah tidak tahu lagi bagaimana caranya melepaskan geram akhirnya demi 'syaitan yang dikenali' terpaksa 'menghaiwankan' diri malah lebih hina dari itu kerana sekarang sudah terlalu banyak haiwan terutama yang dipelihara walaupun tak ada otak, yang tahu berak dan kencing di tempat yang dikhaskan untuknya. Namun 'haiwan' ini nampaknya gagal diajar oleh tuannya yang bodoh dan tak sedar diri bodoh! Inilah padah bertuankan 'syaitan'!

 5. Kempen politik fesyen baru dari idea celah kelangkang yang menjadi 'makan minum' mereka! Betul rupanya tulisan Mahathir.....ada jugak betul Mahathir rupanya! Maaf Mahathir kerana aku asyik tak bersetuju dengan tuan, namun nampaknya hak ini aku setuju....setuju sangat! Memang syaitan!

 6. Apa yang hendak dikatakan lagi kalau sudah tidak dapat membezakan amal makruf dan kerja mungkar? Kaedah terpekik terlolong macam kera lapar pisang kerana cuba menghalang seorang penceramah yang konon tak ada tauliah daripada memberi tazkirah memang cara tolol sang lembu! Lembu lagi? Apa tak lembunya, memberi tazkirah perlu tauliah, menghalang  macam kera,  melontar kasut lagi dalam rumah Allah! Macam ni nak mempertahankan kuasa? Orang bodoh manalah agaknya yang nak kekalkan lagi parti yang macam ni?






7. " Kami bangga dengan kamoo!!" agaknya itulah yang pemimpin ini laungkan (?)...agaknya... kerana setakat ini tak ada apa-apa pun tindakan diambil...relek je dia...menjerit gumbira lagi! Tak apalah...kalau menjerit 'kami bangga dengan kamoo' tapi jangan menjerit, " WOO...WOWW WOW....MARI TERUS JADI SYEITHOON!! Nauzibillah. mudah-mudahan tidak.

Tertanya-tanya aku...bolehkah parti ini memperbetulkan dirinya dan politik permainannya? Bila? Siapa yang boleh diharap?



1 comment:

Anonymous said...

Tunggu PRU13 semua yang dok melolong tu akan bawa tempurung minta sedekah kat PR. Takbir!!!!!!!!!!