Followers

Friday, September 14, 2012

SPR ingat orang lain bodoh macam dia!

Tak patut buat berasingan konon!

Cakap banyak tak mahulah SPR, BERSIH-kan dulu secara bersungguh-sungguh dan ikhlas daftar pemilih pilihanraya yang 'kotor' lagi busuk dengan pendatang dan hantu-hantu jerangkong itu! Jangan banyak bagi alasan kerana alasan yang diberi  itu hanya dalih untuk kepentingan tuan Umno kamu! Rakyat sudah faham dan masak benar dengan kluk-klek dua 'ekor' bos SPR itu.

Patut ke, tak patut ke, kerja kamu hanya laksanakan Pilihanraya adil dan BERSIH bila kerajaan bubar parlimen atau DUN. Adalah menjadi hak kerajaan negeri nak bubar DUN mereka sama atau berasingan! SPR tak payah menyebuk bab itu!

Janji BERSIH dan Janji DEMOKRASI sila tunaikan segera...ada faham? Tak payah nak berlagak 'alim dan warak' membazirlah konon, kos tinggilah, buang masa-lah, mengganggu kelas dan tugas gurulah, ganggu ketenteraman awamlah! Wey...apa punya merepaklah Wan Ahmad. Janganlah anggap orang bodoh macam kamu!!!

Berita dipetik:


SPR: P’raya negeri berasingan tidak patut berlaku

Sep 14 2012.

Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.

Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.

"Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi, bertajuk 'Isu Bubar DUN: Implikasi SPR'.

Selain itu, kata Wan Ahmad, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang, katanya, perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali.
  
Selain itu, tambahnya, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
  
Sebelum ini, empat kerajaan negeri yang bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
    
Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan PKR-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.
  
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
  
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
  
Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.
  
- Bernama

No comments: