Followers

Tuesday, September 11, 2012

Peneroka ditusuk 'keris'.

Mudah-mudahan apa yang berlaku terhadap saham FGV ini menyebabkan para peneroka yang totok Umno dalam kalangan orang Melayu, akan celik dan sedar diri bahawa mereka memang sah ditipu oleh Umno dan Isa Samad yang mereka sangat percaya dan sayangi. 

Apakah dalam keadaan 'keris telanjang' terusuk dalam, para peneroka masih mahu berkata, "Umno adalah segala-galanya bagi ku!"

Kalau begitu...alangkah bodoh kita!!! Cukuplah kita menjadi Melayu yang mudah lupa! Marilah kita mengatakan dalam PRU 13 nanti, aku akan undi, Asal Bukan Umno/BN (ABU). Anak-anak muda Felda mari kita sedarkan ibubapa kita segera, sebelum kita terus berputih mata! Jom!



Harga saham FGV terus merudum

12:19 Sep 11 2012.

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.

No comments: