Followers

Thursday, September 13, 2012

Noh Omar diberitakan 'senak' perut!

Apabila diberitakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor  tidak akan mengadakan PRU DUN Selangor  serentak dengan PRU Persekutuan, ia telah mendapatkan musibah besar kepada Noh Omar. Noh Omar kini dberitakan sedang 'senak perut' kerana keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat itu.

Kata Noh Omar, "Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung."

Boleh tahan lawak Noh Omar ni...KAHKAHKAHKAAHKAH....takut serah mandat kepada rakyat...KAHKAHKAHAKAHKAH....sudah mula rasa gila kuasa.... KAHKAHKAHKAH....  dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihanraya diadakan langsung!" Hak ini paling kelakar...KAH!

Mampos kalau dapat MB macam ni! Minta sisih!!

Berita dipetik:



Noh: K’jaan Sgor takut mandat pada rakyat

9:13AM Sep 13 2012.

Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.
  
"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.

"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di ibunegara malam ini.
  
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum.
  
Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti  Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2.

- Bernama

No comments: