Followers

Friday, September 14, 2012

'No class minister', bertaraf jay kay kay kay kay!!!

Nasib Malaysia terus malang kerana mempunyai seorang Menteri yang diamanahkan menjaga keselamatan dalam negara, yang dibayar gaji dari kutipan hasil dari pembayar cukai yang terdiri daripada rakyat Malaysia, tidak kira penyokong Umno/Bn dan juga penyokong Pakatan Rakyat hanya mampu mengeluarkan kenyataan bertaraf no class seperti di bawah sana!

Inilah contoh menteri yang cerdiknya (kalau cerdiklah...) tak boleh diikut, bodoh tak dapat diajar! Orang bukan bercakap soal orang Johor terima atau tidak PKR di Johor! Itu semua orang tahulah, melalui PRU boleh tentukan, tapi la ni  orang bercakap pasal jaminan keselamatan kepada para pemimpin dan ahli-ahli PKR sebagai rakyat Malaysia sewaktu bertemu rakyat di Johor daripada ancaman para samseng dan penyangak cat merah!

Kalau macam tu rakyat Malaysia yang sokong Umno/Bn je lah yang berhak diberi jaminan keselamatan? Ini menteri ke jay kay kay kay kay ni?

 Berita dipetik:



Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang.

Ahmad Fadli KC 14 Sep 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khiana

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.


"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."


Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.


Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu


Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.


"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

3 comments:

maie1958 said...

minister paling bangang!!!!jangan ingat rakyat macam penyokong2 totok semberong kau lah!!!!

Anonymous said...

Inilah tahap kelulusan yang ada pada seorang yang telah dipilih oleh rakyat , bodoh tak boleh diajar (Tegor)serdik tak boleh mengajar(Ikut).Kalau macam ini lah tahap kenyataan yang dibuat apa gunanya ada menteri untuk menjaga keselamatan dalam negara, satu pehak boleh guna kekerasan(Melakukan Vandalisma) disatu pehak yang lain dikenakan tekanan (Dengan kuasa yang ada pada polis)Tidakkah menteri sedar dia dilantik oleh parlemen untuk menjaga keselamatan rakyat walaupun ada mana-mana pehak yang membenci antara satau dengan yang lain (Orang Politik la).Sedarlah wahai menteri yang makan gaj dibayar oleh hasil cukai dari rakyat, kamu akan disoal diakhirat nanti.

Kump. Anak2 Muda Keluar UMNO said...

(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..