Followers

Saturday, September 15, 2012

Najib buat lawak di Pekan!


Di Pekan Pahang hari ini, Najib kata perjuangan Umno direstui Allah! KAH....sama ada Najib buat lawak atau orang Pekan terutama ahli-ahli Umno tak habis-habis kena tipu?








Najib: Perjuangan Umno direstui Allah.

5:34PM Sep 15 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.........


- Bernama

No comments: