Followers

Thursday, September 27, 2012

Masalahnya apakah syaitan akan dengar pandangan malaikat?



Aku tidak bermaksud perunding keselamatan itu malaikat tetapi pandangan itu sekurang-kurangnya satu pandangan yang nampak jujur dan amat baik buat keselamatan negara. 

Apakah parti yang disebut Mahathir antara syaitan yang dikenali itu akan mendengar sebuah pandangan yang amat baik dan amat munasabah dalam keadaan syaitan yang dikenali itu memang bermata duitan dan pantang melihat apa sahaja yang boleh mendatangkan duit buat puaskan nafsu dan kuasa?

Dalam keadaan Mahathir menyeru lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali, rasanya harapan untuk melihat Lapangan Terbang Sg Besi tidak terus tergadai amat tipis sekali, kerana spesis syaitan tidak akan mendengar pandangan  malaikat punya, inikan pula seorang perunding keselamatan...ek eleh! Syaitan tu kan!

Cara terbaik untuk selamatkan Lapangan Terbang Sg Besi ialah 'bungkus' sahaja syaitan itu dalam Pru 13 nanti dan lepas itu campak je ke laut!

Berita dipetik:

Kaji balik penutupan Lapangan Terbang Sg Besi

Harakahdaily 27 Sep 2012.

KUALA LUMPUR: Seorang perunding keselamatan meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup lapangan terbang TUDM Sungai Besi kerana ia sangat perlu kepada negara.

Bercakap kepada Harakahdaily, perunding itu berkata, kerajaan belum terlambat untuk menarik balik keputusan awalnya bagi membangunkan kawasan lapangan terbang itu.


Ini kerana, kontraknya masih dalam peringkat rundingan dan belum dianugerahkan sepenuhnya.


"Kita jangan ulangi kesilapan kerajaan menutup Kem Majidee yang menjadi perisai keselamatan kita di selatan tanah air," katanya.


Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bakal hilang apabila kerajaan mahu membina kem baru menggantikannya iaitu di Labu, Negeri Sembilan.


Namun, ramai pihak yang mahir dengan stategi keselamatan tdak bersetuju dengan langkah ini kerana kedudukan lapangan terbang Sungai Besi itu sangat stategik dalam konteks keselamatan negara.


Selain landasan terbang, bahagian bawah lapangan ini mempunyai bunker yang menghubungkannya dengan beberapa tempat strategik negara.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Penasihat 1MDB adalah Taek Jho Low, jutawan yang dilaporkan baik dengan isteri Perdana Menteri, Datik Seri Rosmah Mansor.

kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.


"Jika berlaku apa-apa di tengah bandaraya, bagaimana pasukan bantuan akan kita hantar dengan cepat kalau tiada landasan kapal terbang di tengah bandararaya seperti Sg Besi ini," soal perunding keselamatan itu.


Sebelum ini, PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.


"Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.


Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.


Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung. Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.


Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Gemencheh dan Gemas.

sumber:harakahdaily

No comments: