Followers

Thursday, September 20, 2012

Mahathir bagi 'signal', tukar kerajaan banyak masalah negara selesai!




Negarawan tua yang pening menunggu bila akan tibanya pilihanraya umum,  berkata dengan resah...negara berdepan banyak masalah jika rakyat tukar kerajaan!

Kahkahkahkahkah......Mahathir...Mahathir!!!

Asal hendak membantu dan menyenangkan rakyat, negara menghadapi masalah!

Perlu diingat, satu perkara yang menarik tentang para pemimpin Umno khususnya Mahathir ialah percakapan yang mereka hamburkan selalunya mempunyai pengertian yang sebaliknya atau berlawanan.

Oleh yang demikian, sekiranya para pemimpin Umno apatah lagi orang macam Mahathir berkata, Umno kini amat yakin menang PRU 13, maka maknanya Umno kini dalam dilema dan tidak yakin menang!

Buktinya, dulu-dulu Mahathir ada berkata, Anwar Ibrahim telah pukul dan cederakan diri sendiri di dalam penjara, rupa-rupanya Anwar dibelasah oleh bapak samseng yang baru-baru ini pernah tuduh Tok Guru Nik Aziz 'bapak kafir'!

Kalau Najib kata Umno/Bn telah bersedia menghadapi pilhanraya pada bila-bila masa, maknanya Umno belum bersedia.

Kalau Zahid Hamidi kata masalah dalam Umno telah selesai semuanya , makna Umno sedang bercelaru.

Jadi, perlu difahami, bila Mahathir kata negara berdepan banyak masalah jika rakyat tukar kerajaan Umno/Bn, bermakna banyak masalah negara akan dapat diselesaikan dan negara akan selamat tenang dan bahagia !

Oleh yang demikian dengan 'signal' yang diberikan Mahathir itu , jom kita terus istiqamah untuk 'memuziumkan' Umno/Bn dalam muzium tua di bandar diraja Pekan, Pahang! Kita undi asal bukan Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti untuk menyelamatkan negara tercinta ini daripada, kronisme, rasuah, pecah amanah, boros, jumud, fitnah, kezaliman dan hilang integriti!


Rabu September 19, 2012

Negara Berdepan Banyak Masalah Jika Rakyat Tukar Kerajaan - Dr Mahathir 

KUALA LUMPUR: Negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.
"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - BERNAMA

No comments: