Followers

Sunday, September 02, 2012

Laa...tergamak Mahfuz Omar 'sepok' Dr Zahid Hamidi!!

Cuba bermain angka punya hal, Mahfuz Omar 'tampar mulut' Zahid Hamidi! 

Zahid dakwa Pakatan Rakyat tunai janji kurang 15 peratus!

Dengan mengikut kaedah Dr Zahid, Mahfuz Omar kira, BN tunai janji lagi ciput, 7.25 peratus!!! Dah tu kecuh Janji ditepati di sana sini apa kejadahnya! Macam bertimbun beno janji ditepati. Itu belum ambil kira janji YB-YB Umno/Bn kepada komuniti, persatuan belia, persatuan sukan, sekolah-sekolah yang beranggaran RM10,000, 15,000, RM20,000 dan ada yang RM30,000, bayangkan duit pun tak nampak bayang lagi! Yang menunggu terus terlopong, surat-surat susulan peringatan peruntukan dah bertimbun, YB kian sibuk dan hilang tak nampak muka! Pilihanraya dah nak mai. Maknanya, janji bakal dicapati sungguh!

Padan gitulah Umno/Bn ni, punya gelojoh bermain dengan janji dan punya tak pandai bermain dengan angka macam budak kecik bermain taik!

Tweet kepada Najib je berjuta!!! Kahkahkahkahkah...kelakar!

Tapi yang betul tepat betul juga atau hampir betul iaitu hampir 44 peratus tanah rezab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu sepanjang 55 tahun janji dicapati!

Berita dipetik:



BN hanya tunai 7.25% janji sepenggal

Abdul Aziz Mustafa 31 Ogs 2012.

KUALA LUMPUR: Kalau separuh dari tanah rizab Melayu tergadai dan hutang negara pula hampir mencecah pada paras siling 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak ada nilai langsung dakwaan Umno kononnya telah menunaikan janji.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan sebagai bukti kegagalan Umno.

"Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal.

"Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya.

"Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz.

Di sisi yang lain pula, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dakwaan Menteri Pertahanan mengenai peratusan janji yang ditunaikan oleh BN itu hanya akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat.

"Rakyat yang berbangsa Melayu akan mempersoalkan apa guna dakwaan Zahid yang belum tentu betul itu kalau rekod dalam dalam tahun 1995 sahaja menunjukkan hampir 44 peratus daripada jumlah asal tanah rizab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Menurut beliau, tanah rizab Melayu berjumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 merosot kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu hampir 44 peratus daripada jumlah asal.

Bagi rakyat keseluruhannya pula, katanya, tekanan ekonomi yang mereka hadapi sekarang seperti kenaikan harga barang yang semakin di rasai serta kebimbangan negara akan bankrap di bawah pemerintahan BN semakin membimbangkan mereka.

"Menteri BN sendiri yang menyatakan negara akan bankrap pada 2019 walaupun kemudiannya ditarik balik tanpa hujah yang meyakinkan.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pula berkata Malaaysia akan jadi miskin," kata Mahfuz.

Semua itu, katanya, membuktikan BN bukan sahaja tidak menunaikan janji malah akan memusnahkan negara.

Perkara itu semakin terbukti apabila apabila hutang negara terus melonjak sehingga kepada paras 54.8 peratus dari KDNK, kata beliau.

Sedangkan, kata Mahfuz lagi, IMF dan Bank Dunia menyatakan, apabila hutang negara mula mencecah pada paras siling 55 peratus dari KDNK), negara tersebut akan mula menghadapi masalah kewangan yang serius.

No comments: