Followers

Sunday, September 30, 2012

Ek eleh...konon...tunggulah Isnin ni!

Macam mana nak ada ruang, kalau nak ajar berbahas berdebat pun kecut teloq. Orang mengkritik dalam perbahasan atau perdebatan weh!

Tak aperr.... tunggu hari Isnin ni kalau jantan sangat! Kita tengok setakat mana ruang yang diberi dan setakat mana Najib mampu pasang telinga atau jangan-jangan tapak kaki pun tak nampak kot?

Berita tumpuan:



Rais: Tiada ruang kritik belanjawan

Pembangkang dilihat tidak akan mempunyai ruang untuk mengkritik Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia memberi kebajikan meliputi semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebaliknya belanjawan kali ini pastinya akan terus menggerakkan rasa penghargaan rakyat kepada negara dan kerajaan sedia ada.

"Saya menyeru rakyat Malaysia, membuka mata, mendengar dan pasang permandangan supaya kita dapat memberi satu pengiktirafan kepada jasa janji ditepati," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati yang disempurnakan Perdana Menteri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Seremban hari ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
 

1 comment:

Anonymous said...

selagi boleh ampu/bodek...bodek le semahu2nya rais...mungkin boleh jadi winable candidate UBN...nak kelentong org2 UBN boleh la..rakyat yg lain dh sdar semua tipudaya UBN..