Followers

Sunday, September 16, 2012

Cheh...Taib Mahmud pun pandai buat lawak!

Negara rugi besar konon jika BN kalah PRU 13! Betul ke? Sebenarnya yang pasti rugi besar bukan negara tapi:

1. Umno/Bn yang sudah lapok, jumud, tidak mahu berubah dan tidak relevan lagi yang pasti rugi besar!

2. Para pemimpin besar Umno/Bn yang bernafsu besar dan suka makan besar yang pasti rugi besar!

3. Para bini yang besar-besar para pemimpin besar Umno/Bn yang akan turut rugi besar!

4. Rosmah yang besar dan Ragad besar jugak tidak ketinggalan akan pasti rugi besar!

4. Para anak beranak dan kroni besar para pemimpin Umno/Bn yang tidak lagi dapat makan besar, juga bakal rugi besar!

Negara rugi besar? Mana boleh negara rugi besar kalau Umno/Bn kalah...tak logik langsung!

INI KALI LAH... sebenar-benarnya negara gerenti untung besar apabila 'syaitan yang dikenali' kalah besar dalam PRU 13. 

Kenapa pulak negara gerenti untung besar jika Bn kalah? Kerana mengundi syaitan (P: mahathir kata syaitan bukan aku kata) mana boleh dapat untung, pasti rugi besar punya sebab syaitan tu kan syaitan! 

Kepada Taib Mahmud dah...dah lah buat lawak...tak lucu langsung!!!!


Taib: Negara rugi besar jika BN kalah PRU 13

WARTAWAN SINAR HARIAN
16 September 2012.

SIBU -  Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.

Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.
 
"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.
 
"Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini.
 
"Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang pengunjung yang kerap, sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas," kata Taib.

Kalau nak baca terus:sinarharian.com

1 comment:

kampong lad said...

"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban''

yg dok ada sekarang dah jadi dinosaur. dia sepatutnya dok kat rumah layan 'kuda arab' dia & nyanyi lagu p. ramlee.