Followers

Sunday, September 30, 2012

Cara 'cekik darah' terbaru!

Nak pelik apa Ustaz, selagi Umno/Bn merintah mentekedarah duit rakyat jelah kerjanya!! Jawabnya, mahu tak mahu, rakyat kena humban Umno/Bn dalam laut dalam PRU ke 13 nanti. Itu sahaja, tak ada cara lain dah!

Kalau tidak dihumban spesis Umno/Bn ni ke laut, asyik bayar saman speed trap je-lah kerjanya kita.... Makan dan tangung belajar anak tak payah.... 

Orang-orang muda... kalau terus undi Umno/Bn, tak payah kumpul duit untuk kahwin, tak sempat nak kumpul pun, kerana terpaksa bayar PTPTN dan saman lagi....tu diaa!!!!

Berita tumpuan:

AES pungut RM885,600 dalam masa dua hari?

Oleh NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan minggu lepas adalah satu cara kerajaan "cekik darah" rakyat secara tidak langsung.

"Cuba bayangkan dalam masa dua hari, sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah dirakamkan di 14 'lokasi maut'.

" Jika semua imej ini didapati bersalah kerajaan telah memungut wang secara mudah RM885,600, jika diandaikan setiap kesalahan sebanyak RM300," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakah.

Katanya, jika hampir RM1 juta dipungut dalam masa dua hari, ertinya kerajaan dapat memungut hampir RM15 juta sebulan.

Ini, ujarnya baru 14 tempat, kalau dipasang 817 lokasi maut berapa kerajaan dapat wang dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.

"Apakah tujuan AES dipasang? untuk keselamatan atau pendapatan? Di negara lain kalau dipasang alat itu, diberitahu kawasan beroperasi. Kawasan ini pula memang kawasan maut. 

"Betulkah AES ini dipaasang di kawasan maut?" tanya beliau.

Justru, ujarnya tidak masuk akal AES dipasang di kawasan 60 kilometer sejam di jalan yang lurus, bukan kawasan berbahaya.

Sehubungan itu, beliau bertanya adakah menteri, Pegawai JPJ, polis memandu kereta dengan kelajuan 60 km sejam di jalan lurus? 

kalau begitu katanya , haramkan sahaja kenderaan berkuasa besar, biar kereta kancil berkuasa 650 sahaja.

"Pelik undang-undang negara ini, kereta berkuasa besar dibenarkan apabila naik lebih 60 km akan disaman. Seolah-olah dadah dibenarkan, kemudian ditangkap kepada sesiapa yang menghisapnya, kata Ustaz Idris.

Sumber: harakah.

No comments: