Followers

Monday, September 17, 2012

Bisikan pembangkang Vs Bisikan syaithon!

Di Mesyuarat Umno Bahagian Rompin, Zahid Hamidi kata masalah Umno semua dah selesai. Manakala di Mesyuarat Umno Bahagian Kapar, Adnan Mansor merayu '...jangan bergaduh sesama sendiri. Berhentilah (gaduh) jika sayang parti'.

Begitulah gayanya kepimpinan parti yang kian terhakis pengaruh dan semakin hilang punca. Entah mana satu yang betul, tak tak tahulah. 

Namun Adnan Mansor ingatkan ahli-ahli Umno agar hati-hati dengan 'bisikan pembangkang'. Aik? Bisikan pembangkang (PAS, PKR & DAP) pun takut?

Yang sepatutnya diingatkan kepada ahli-ahli Umno yang berugama Islam ialah 'hati-hati dengan bisikan syaitan walaupun bisikan syaitan yang dikenali' kerana hakikatnya tidak ada makhluk dari spesis syaitan yang mendorong manusia ke syurga, melainkan menghasut ke neraka! 

Justru itu, hati-hati malah lebih baik ahli-ahli Umno, putera dan puteri tinggallah Umno/Bn segera! Dengarlah bisikan pembangkang ini untuk bersama-sama Pakatan Rakyat membuat perubahan dalam PRU 13 dan hati-hati bisikan 'syaithon yang dikenali'!

Berita dipetik:



‘Hati-hati bisikan pembangkang’

WARTAWAN SINAR HARIAN

16 September 2012.

SHAH ALAM – Ahli Umno diingatkan supaya berhati-hati dengan ‘bisikan pembangkang’ kerana dikhuatiri boleh menjatuhkan parti dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ahli  juga perlu bersatu hati mengelak pelbagai ‘penyakit’ yang boleh menggugat BN.

“Kita juga mesti berhati-hati kerana bisikan pembangkang terutama Pemuda dan Puteri (Umno). Sama ada kita ahli Umno, MIC, MCA, Gerakan atau Parti Progresif Rakyat (PPP) jangan bergaduh sesama sendiri. Berhentilah jika sayang parti,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kapar 2012, di sini, semalam.

No comments: