Followers

Sunday, September 30, 2012

Belasah Rais anak Yatim lagi!

Maka bermadahlah seorang menteri berstatus pengampu yang pada hakikatnya ke-Menteri-an-nya sendiri telah hampir sangat nak masuk waktu isyak, anak kepada Yatim:



Rais: Tiada ruang kritik belanjawan

Pembangkang dilihat tidak akan mempunyai ruang untuk mengkritik Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia memberi kebajikan meliputi semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebaliknya belanjawan kali ini pastinya akan terus menggerakkan rasa penghargaan rakyat kepada negara dan kerajaan sedia ada.

"Saya menyeru rakyat Malaysia, membuka mata, mendengar dan pasang permandangan supaya kita dapat memberi satu pengiktirafan kepada jasa janji ditepat".


Kerana paling pintar mengampu maka nahh... ambik ngko, Rais! 09 dulu!!

1. Bajet yang jelas menjurus untuk 'beli undi' ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai - Salahuddin Ayub.

2. Belanja tahun lepas cecah RM20 bilion, hutang naik RM456 bilion. Sekarang hutang dah jadi RM502 bilion - Lim Guan Eng.

3. Bajet bukan sekadar angka-angka dan duit berbilion untuk melaksanakan projek semata-m,ata, tetapi yang pebih penting ialah bagaimana membetulkan prinsip dan pelaksanaannya serta kesannya selama ini telah tidak sampai kepada manfaat rakyat terbanyak. Projek-projek berskala besar pula dipergunakan untuk mendapat laba keuntungan berlipat ganda menerusi naungan dan kroni politik Umno-putra - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

4. Kerajaan Umno-Bn langsung tiada pelan untuk mengatasi kemelut hutang negara yang semakin meningkat kerana amalan belanjawan deefisit yang masih berterusan selama 15 tahun lalu - Dr Dzulkefly Ahmad.

5. Belaanjawan ini dianggap sebagai 'Belanjawan selamat Tinggal' Najib kepada rakyat kerana Najib juga gagal menyebut mengenai langkah mengkaji semua subsidi kepada IPP- Dato' Mahfuz Omar.

6. Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi pilihanraya umum- Anthony Loke.

7. Pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) untuk melangsaikan hutang sekali gus, tidak akan menyelesaikan masalah golongan pelajar. Mereka sangat terbeban dengan hutang PTPTN dan mana mungkin mereka dapat membayarnya sekali gus- Rafizi Ramli.

8. Keutamaan dan fokus BN dalam pembentangan bajetnya hanya semata-mata untuk kekal ditampuk kuasa tetapi bukan mementingkan rakyat- Tan Sri Khalid Ibrahim.

9. Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat - Azmin Ali

10. Komen Datuk Seri Anwar Ibrahim - Esok di Parlimen.....jeng...jeng...jeng... tak ada ruang konon! 

Baik ekau pencen jo rais, dok diam2 doket ghumah - jago kobau ko, lombu ko!!!

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Kalau dibaca komen-komen para menteri yang ada PhD dihujung namanya maka akan ketara sekali tahap ke bangangan mereka sudah mencecah tahap gaban.