Followers

Monday, September 10, 2012

Ahmad Maslan lupa satu lagi jenis politik: Politik haramjadah!

Ketua penerangan Umno ahmad Maslan menyeru orang ramai dan para pengundi menolak enam jenis politik yang katanya kononnya diamalkan oleh pembangkang iaitu politik biadap, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas.

Orang ramai dan para pengundi yang beramal dengan 'kitab-kitab' media arus perdana Berita Hairan, Utusan Meloya, TV 3 suku, TV Satu, Astro dan sebagainya akan terus terperangkap dalam program pemandiran yang dilakukan oleh Umno ini.

Hakikat yang sebenar-benarnya siapakah pengamal tegar 6 jenis politik itu kalau bukan parti Umno yang Mahathir kata antara 'syaitan yang dikenali'! Tiada manusia yang waras dan beragama akan mengatakan syaitan itu baik kecuali orang yang nyanyok atau memang kalau pemuja syaitan!

1. Politik Biadap: 

Politik biadap terbesar yang terbaru ialah apabila kuncu-kuncu dan NGO kesayangan Umno sanggup mengganggu tazkirah agama dan melempar kasut dalam masjid serta menghalang bas jelajah merdeka rakyat sehingga keadaan menjadi kecoh dan huru-hara seketika.

2. Politik Bebas:

Berpolitiklah dengan cara apa sahaja asalkan fulus dapat masuk tanpa mengira halal dan haram. Dengan politik bebas, wang rakyat boleh digunakan semahunya untuk kepentingan anak bini dan kroni.Melalui politik bebas boleh beli cincin berjuta, bg tangan beratus ribu dan menginap di hotel berharga ratusan ribu satu malam, membeli pakaian harga beratus ribu di butik luar negara dengan perbelanjaan mewah sakan.

Melalui politik bebas juga banyak projek-projek dapat dianugerahkan kepada kroni. Rancang ternak lembu untuk keperluan daging bagi rakyat akhirnya peruntukan ternak lembu dibuat beli kondo dan bercuti ke luar negara!

Politik bebas tergamak menuduh orang lain konon sokong LGBT yang entah ya entah tidak, sedangkan diri sendiri terang-terang bersepalit dengan skirt pendek dan seksi  K-Pop sehingga merosakkan akhlak anak-anak muda.

3. Politik Fitnah:

Politik fitnah tak usah cakaplah. Kalau Anwar Ibrahim lebu ditimbun dengan pelbagai fitnah. Sehingga ke hari ini satu pun yang dituduh ke atas Anwar  itu tiada yang betul malah ditolak mahkamah.

Memfitnah PAS konon diresapi oleh militan Islam sedangkan Umno berselapit dengan dengan Parti Komunis Cina! Memfitnah PAS konon telah terkeluar dari landasan perjuangan Islam, sedangkan Umno terus 'sesat' daripada melaksanakan tuntutan Islam!

Dan tanpa disedari Ahmad Maslan juga menjadi agen politik fitnah apabila menuduh pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang cuba mempertahankan orang yang dikawalnya daripada amukan 'syaitan sebagai politik ganas! Pengawal peribadi yang bertauliah dan berlesen cuba mengawal keselamatan orang yang mengupahnya dari tindakan ganas para pengamuk yang anti demokrasi, boleh dianggap ganas ke? Habis biarlah pengawal peribadi itu halau para pengamuk itu macam halau ayam...shiuh...shiuh...begitu? Pandir punya menteri!

4. Politik menghukum:

Umno menuduh pembangkangnya yang tidak ada kuasa, melaksanakan politik menghukum sedangkan Umno yang begitu berkuasa di Putrajaya telah menghukum ketidakmatangan seorang remaja yang menunjuk punggung kepada hanya GAMBAR Najib dan bini. Budak itu serta merta ditangkap, ditarik PTPTN macam duit PTPTN itu hak Umno punya dan dibuang dari kolejnya. Sebenarnya kolej tempat budak tidak matang, yang perlu terus dibimbing itu,  tidak akan buang remaja itu, kalau tidak ada mata Umno yang menjeling ke arahnya sepanjang masa! Banyak lagi kes lain kalau nak dituliskan akan betapa menghukumnya politik Umno yang ganyut ini!

5. Politik perpecahan:

Siapa sebenarnya yang menjalankan politik perpecahan ini? Umno lupa untuk cermin diri atau Umno memang tidak sedar diri. Datang ke kampung Melayu kata DAP jahat dan nak kristiankan Malaysia. Berjumpa dengan orang Cina, PAS jahat kerana PAS pelampau Islam! Akhirnya politik yang Umno lakukan ini terang-terang ditolak rakyat yang tidak terperangkap dalam program pemandiran rakyat oleh Umno! Yang terperangkap terus menjadi pandir!

6. Politik ganas:

Sekali lagi Umno melalui Ahmad Maslan menunjukkan kejelekannya. Menuduh pembangkang melaksanakan politik ganas sedangkan tidak seorang pun pemimpin pembangkang kepada Umno/Bn yang membunuh Al-Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Siapa pula yang melempar cat kepada rombongan jelajah merdeka rakyat PKR di Jasin Melaka yang terang-terang boleh dilihat dalam you tube kalau bukan dari kalangan parti syaitan! Siapa pula yang membelasah Aduka Taruna sewaktu demonstrasi tuntutan Royalti di Kelantan beberapa bulan yang lalu kalau tidak dari politik ganas Umno/Bn dan kuncu-kuncu!

Keenam-enam jenis politik yang disebutkan itu amat mahir buat Umno/Bn sebab itulah agaknya begitu lancar Ahmad Maslan menyebutnya. Namun Ahmad Maslan terlupa satu lagu jenis politik yang menjadi amalan Umno iaitu politik haramjadah yang diamalkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila diharamjadahkan para peneroka yang cuba mempertahankan hak mereka.




Ahmad Maslan: ‘Acu pistol’ contoh politik ganas

Bernama 9:43PM 9 Sep 2012.

Orang ramai dan para pengundi diminta menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

"Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam; politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Ahmad berkata terdapat juga politik menghukum yang diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam selain politik pecah belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing masing.

Satu lagi ialah politik ganas yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0, katanya lagi.

Beliau berkata keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh Barisan Nasional (BN), parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah.

Ahmad berkata insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacu pistol ke arah sekumpulan pemuda pro-BN di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada contoh politik ganas pembangkang.

"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan (sudah ada) enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang bodyguad mengacu pistol," katanya.

- Bernama

No comments: