Followers

Monday, August 06, 2012

Umno, Isa Samad dan 'perkara biasa'!

Isa Samad kata, "harga saham FGV turun, perkara biasa!"

Iyah...memang perkara biasa! Segala yang berlaku 55 tahun dalam pemerintahan Umno/Bn adalah 'perkara biasa'!!

Saham FGV turun, ‘perkara biasa’!

Harta Felda bakal tergadai, ‘perkara biasa’!

Para peneroka bakal jadi miskin, ‘perkara biasa’!

Tanah rezab Melayu berkurangan, ‘perkara biasa’!

Rakyat dicengkam kemiskinan, kroni terus kaya raya, ‘perkara biasa’!

Penentang rasuah dan pecah amanah ditangkap, perasuah dibelai, ‘perkara biasa’!

Kerana PAS perintah Kelantan tak dapat royalty minyak, ‘perkara biasa’!

Masa Umno perintah royalty, PAS perintah saja terus jadi wang ihsan, ‘perkara biasa’!

Bila rugi para pemimpin Umno kata itu perkara biasa, ‘perkara biasa’!

Kerana perkara biasalah orang Melayu terus mahu dibodohkan, ‘perkara biasalah tu’!

Berita dipetik:

Isa: Harga saham FGV turun 'perkara biasa'

Nigel Aw 5 Ogos 2012



Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata para peneroka tidak perlu bimbang dengan penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana ia "satu perkara biasa".

Bercakap dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa di ibu pejabat Felda pada malam tadi, Mohd Isa berkata lembaga itu menjangkakan harga pasaran saham serantau akan meningkat semula pada minggu depan.

No comments: