Followers

Wednesday, August 15, 2012

Telatah Ustaz Nasa mencolok mata!

Apa sudah jadi dengan bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa? Semenjak kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden, dia menjadi semakin 'mencolok mata' terhadap jemaah. Dia dilihat bersama Najib Razak di Mekah. Dan dia jugak menggesa PAS keluar Pakatan Rakyat kerana DAP tentang hukum hudud.

Nampaknya dia terlupa yang dia masih berada di dalam PAS yang berbaik dengan DAP yang menentang hudud! Sepatutnya kalau bagi dia, PAS tidak betul berbaik dengan DAP kerana DAP menentang hudud sedangkan dia sedar keputusan PAS bersama DAP adalah keputusan jemaah maka dialah yang patut keluar dari PAS! Tapi nampaknya Nasharuddin Mat Isa masih berada dalam PAS dan berbaik pula dengan  Umno dan Presiden Umno yang jelas menentang pelaksanaan Hudud di Malaysia! Apa punya kartun daa!!

Kerana masalah penentangan terhadap pelaksanaan hudud maka selepas ini jika takdirnya Nasharuddin sudah tidak ada lagi dalam PAS, dia juga tidak boleh berada di dalam semua parti yang menentang pelaksanaan hudud termasuk Umno, jika tidak, dia lebih teruk daripapa DAP! Sekadar pengapit kepada Najib ke hulu ke hilir okaylah, itupun kalau Najib masih lagi seperti hari ini! 

Kesian jugak kepada Ustaz Nasa ni! Dulu bukan main lagi tarbiyah ahli-ahli PAS begitu begini terhadap jemaah tapi rupanya hari ini dia yang lebih teruk daripada ahli-ahli PAS yang pernah dinasihatinya, tidak cukup tarbiyah! Kesian....memang kesian!

Berita dipetik:

Pemuda PAS Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

Harakahdaily  14 Ogos 2012

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.


Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.


Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.


"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.


"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.


Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.


"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.


Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Sumber:harakahdaily

No comments: