Followers

Saturday, August 04, 2012

Siaplah Chong Wei esok!

Esok Lee Chong Wei akan berebut pingat emas olimpik. Aku tumpang gembira dengan kejayaan sampai ke tahap itu TAPI aku cukup bimbang!

Aku bimbang... takut Chong Wei kalah! Aku tahu Chong Wei kalau kalah bukan kerana prestasi tak bagus. Chong Wei memang tengah mantap sekarang TAPI aku tetap bimbang!

Aku bimbang Chong Wei kalah apabila mendengar berita Penyebuk Malaysia (PM) terulung sedang terbang ke London untuk konon mahu memberi semangat kepada Chong Wei! Aku takut Chong Wei jadi fobia lalu hilang fokus kerana masih teringat dan masih terasa geli geleman! Kalau ingatan itu masih menghantui bolehkah Chong Wei fokus esok?

Aku juga bimbang kalau-kalau Chong Wei menang! Kalau Chong Wei memang ke mana Chong Wei mahu lari? Sebab sudah tentu Penyebuk Malaysia terulung itu makin teruja, diperlakunya macam dulu akan Chong Wei....eeee!! Lemas dan rimas betul!

Nasib ngko lah Chong Wei!

No comments: