Followers

Saturday, August 11, 2012

Pintu hati Nik Aziz dan Haji hadi kian terbuker...!

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong! Memang begitulah Umno yang ditunjukkan oleh Ketua Penerangannya Ahmad Maslan. Konon, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin secara terbuka menghulur salam perpaduan kepada pemimpin PAS!

Sebenarnya perpaduan Melayu itu baik dan bagus tetapi perangai dan kelaku Umno tu yang tak baik lagi tak senonoh! Masa lemah bukan main lembik tengkuk dan manis mulut nakkan perpaduan tapi hati keras macam batu! 

Sikap jahat dan khianat tak akan lepas menjadi tabiat terutama bila dia kuat dan kukuh. Siaplah orang lain akan disepak teranjangnya! Ingat PAS boleh lupa ke?

Nak selesaikan isu pengurusan air di Selangor cukup mudah, tapi kerana kuasa gila punya pasal tekanlah kerajaan negeri Selangor selagi boleh! Inilah kepala hotak Umno, nasib rakyat bukan penting, yang penting bagi mereka, terus membuli pihak lain dan rakyat demi mempertahankan kuasa.

Royalti minyak Kelantan. Nak bagi royalti kepada Kelantan cukup mudah, semudah makan biskut tetapi oleh kerana sikap Umno yang sentiasa mementingkan kuasa dan politik rakus, proses mudah dipayah-payahkan! Tubuh jawatankuasalah...6 bulanlah....dah nampak dah, memang kerjanya nak mengenakan orang! 

Mulut ajak perpaduan,  buntut berak kat orang! Baik ke tu? Bolehkah sambut salam perpaduan daripada pihak yang macam tu?

Lebih baik tak payah!!! Konon harap pintu hati Nik Aziz, Hadi akan terbukerr...! Tak usah mimpi, takdir tak ada Nik Aziz dan Haji Hadi pun belum tentu....! Berkawan je lah kamu dengan Soil Lek dan Pak Su Koon kamu tu!!

Pintu hati Nik Aziz dan Haji Hadi kian terbuka untuk menegakkan Islam di Malaysia sebagai negara yang makmur yang mendapat keampunan Allah bukan berpadu dengan Umno yang tolak Islam sebagai dasar negara.

Berita dipetik dari Malaysiakini:

Umno harap pintu hati Nik Aziz, Hadi akan terbuka...

Bernama

Salam perpaduan Umno kepada PAS tidak pernah ditarik balik meskipun selama ini ia tidak disambut oleh parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
    
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka telah menghulur salam perpaduan kepada pemimpin PAS.
  
Berucap di majlis Ramah Mesra Warga Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya Peringat di Kota Bharu hari ini, Ahmad berharap pintu hati pemimpin utama PAS, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terbuka ke arah perpaduan itu sempena Ramadan yang penuh keberkatan dan demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.  



No comments: