Followers

Friday, August 31, 2012

Peneroka generasi pertama masih tidur berdengkur?

Para pemimpin tertinggi Umno Baru kini bukan sahaja bagaikan buta mata malah terus  buta hati dan beku otak untuk mempunyai sedikit kesedaran atau keinsafan apatah lagi mahu mengambil pengajaran daripada apa yang dilakukan saban hari kepada rakyat! Tertutup sungguh mata hati mereka untuk melihat dan merenung sejenak bencinya rakyat dan anak-anak muda kepada mereka dalam mengurus negara ini. 

Bermula dengan tema, lagu dan logo sambutan hari Kemerdekaan ke 55, Himpunan Janji Bersih yang dihalang ke Dataran Merdeka malam tadi hingga kepada usaha mahu melantik individu yang dilihat NGO ANAK sebagai tidak berintegriti dan tidak layak untuk dijadikan  Pengarah Besar Felda!

Jika NGO ANAK sanggup membuat laporan polis dan laporan SPRM sudah pasti individu yang bernama Faizoul ini amat kontraversi jika dilantik sebagai Pengarah Felda oleh Najib Rosmah. Ini bermakna bukan sahaja nasib malah harta para peneroka felda sendiri boleh teragadai dan dijual terang-terangan apabila sampai masanya oleh puak-puak 'jahanam' seumpama ini apabila dapat peluang untuk bermaharajalela nanti. Dalam keadaan nyawa ikan pun mereka sanggup lagi bermaharaja lela apatah lagi apabila ada kuasa untuk membuat apa sahaja!

Oleh yang demikian telah sampai masanya untuk para peneroka Felda seluruhnya bangun menentang kerajaan Umno/Bn walaupun  kerajaan ini dipuji sebagai kerajaan 'syaitan yang dikenali' oleh mantan PM yang tua itu, daripada tertipu untuk kesekian kalinya. Insaflah tiada syaitan yang tidak suka menipu! Janganlah baru nak sedar diketika bagaikan telur dihujung tanduk!

Berita dipetik:

Felda: Anak sedia dedah siapa Faizoul

Anis Nazri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai masa untuk mempertimbangkan semula jawatan Pengarah Besar Felda yang akan diisi oleh Faizoull Ahmad, 1 September ini.

Sekiranya Najib enggan berbuat demikian, Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) tidak teragak-agak untuk mendedahkan siapakah Faizoull yang dianggapnya sebagai seorang yang korup.

Presidennya, Mazlan Aliman, berkata beliau mempunyai maklumat mengenai peranan dan kerja Faizoull sejak lebih enam bulan lalu, berkaitan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di agensi tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu panjangkan tentang Faizoull ini (buat masa ini) dengan harapan Najib mempertimbangkan semula jawatan Pengarah Besar Felda yang difahamkan akan diserahkan kepada Faizoull," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, petang semalam.

Namun, tegas beliau sekiranya Najib menerima nama Faizoull untuk mengisi jawatan tersebut, Mazlan berkata pihaknya akan mendedahkan siapa sebenarnya Faizoull, di samping membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Faizoull.

Pemilihan Faizoull, yang dipercayai merupakan orang yang begitu setia dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dipercayai akan menimbulkan kegawatan di kalangan pentadbiran Felda kerana beliau bukanlah orang yang disenangi di situ.

Sehubungan itu, Mazlan sekali lagi mengingatkan Najib agar mempertimbangkan semula calon yang layak mengisi kekosongan jawatan Pengarah Besar Felda, tanpa memilih seorang yang korup untuk menerajui agensi tersebut.

Faizoull, dinamakan untuk menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang diminta mengosongkan jawatan tersebut November tahun lalu, dengan menghantarnya berkursus.

Bagaimanapun, pada 28 Ogos lalu, Lembaga Pengarah Felda memutuskan Dzulkifli disingkirkan dan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr. Rosli Yaakob.



No comments: