Followers

Thursday, August 02, 2012

Pakcik dan Makcik Felda tak tahu pun! Tak faham lagi!


Pakcik dan Makcik Felda tidak tahu hal ini. Mereka masih tersengih dengan RM5000 masing-masing. Ada yang dah habis dan ada yang masih berusaha untuk menghabiskannya. Yang dah dapat lah! Yang belum dapat terus mengharap....entahkan bila!

Generasi kedua Felda dan Pakcik serta Makcik Felda yang memahami apa yang sedang berlaku kepada saham FGVH, harus bertindak segera. Pergiatkan kempen jatuhkan Umno di kawasan-kawasan Felda kerana perjuangan  Mazlan Aliman dan ANAK dalam menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia mulai terang, betul dan nyata. Bala bakal melanda Felda dan para peneroka yang masih merelakan diri ditipu Najib, Isa dan Umno.

Golongan yang sayangkan Umno membuta tuli di Felda, yang bagaikan menang sorak kampong bakal tergadai itu, wajarlah menginsafi bahawa sikap merasakan Umno adalah segala-galanya dalam kehidupan, bakal memakan diri. Kemiskinan bakal melanda peneroka Felda. Masanya akan tiba jika Umno/Bn terus menang PRU ke13 nanti.

Orang Cina sanggup buat apa sahaja dalam mempertahankan pendidikan dan sekolah Cina. Orang Melayu Felda kerana terlalu hormat dan sayangkan para pemimpin Umno yang kaya raya, masih releks dan tersengeh dalam mempertahankan tanah-tanah Felda yang bakal tergadai kepada para taukeh dan cukong melalui penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Insaflah dan sudahlah ditipu Umno/Bn. Katakan, “Cukuplah Umno!”

Artikel yang diulas:

Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini

Samiyah Harun  02 Ogos 2012

KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, hari ini terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat. 

Sumber:harakahdaily


No comments: