Followers

Thursday, August 23, 2012

Orang tua ni merepek lagi!

Nak ulas sikit:

# Orang yang sama teruk dengan Mugabe kata Anwar sama teruk dengan Obama! Kelakar juga bunyinya!

# Rupanya syaitan lebih baik dari malaikat! (Mahathir...Mahathir!!)

# Konon BN mendengar keluhan rakyat !! (Taik, dengar  keluhan konon....! Rakyat menjerit siang malam - harga minyak naik tak turun-turun, tol masih berselirat, bayaran persekolahan makin mahal, harga barang melambung, bini pemimpin boros bermewahan, suruh bela lembu dibeli kondo, Umno/Bn rasuah dan boros dan macam-macam)

# Pendidikan percuma, hapus tol dan naik royalti akan bankrapkan negara! (pemikiran lapuk seorang negarawan!)

# Apakah Mahathir 'akui' Umno/Bn tu syaitan dan PR malaikat? Laa... naya orang Umno, pergi Mekah 4, 5 kali last..last syaitan dapatnya!

# Dahlah Mahathir, kalau dah syaitan lebih baik dari malaikat, duduk diam sahajalah lebih baik!

Berita dipetik:


Mahathir: Anwar sama teruk dengan Obama

22 Ogos 2012

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menurutnya menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Oleh itu beliau menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

"Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal," katanya dalam blog chedet.cc hari ini.

"BN mendengar (keluhan) rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini," kata Mahathir.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa tindakan memberikan peluang kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan selama lima tahun adalah langkah berbahaya kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh itu.

"Banyak perkara boleh dimusnahkan dalam lima tahun. Selain itu, pembangkang yang menjadi kerajaan akan memastikan BN tidak kembali berkuasa. Pegawai kerajaan akan digunakan untuk mengancan sesiapa yang cuba menukar kerajaan," jelasnya.

Mahathir juga berkata, janji Pakatan untuk memberi pendidikan dan tol percuma serta bayaran 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak akan menyebabkan negara akan menyebabkan negara menjadi bankrap seperti negara Greece.

Tambahnya, negara memerlukan dana yang cukup untuk menbangunkan negara dan menghasilkan subsidi.

Namun sekiranya Pakatan membatalkan cukai, tol dan bayaran lain, negara akan kehilanfan dana dan rizab tunai.

Menurutnya lagi, kerajaan hanya boleh meminjam wang sekiranya ia boleh menghasilkan keuntungan dari pelaburan dan bukannya untuk perbelanjaan.

Mahathir juga mendakwa Anwar hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan tidak membuat apa-apa perubahan ketika masih dalam kerajaan.

"Sekarang apabila menjadi ketua pembangkang, dia mendakwa mahu membawa perubahan. Perubahan apa yang diperkenalkannya semasa dia masih dalam kerajaan?

"Apa yang dia mahu adalah untuk naik dalam Umno untuk menjadi perdana menteri. Bagaimana dia mencapai objektif itu tidak dipertikaikan," katanya lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Inilah seorang bekas PM yang tak mau bagi orang ramai hormat kat dia, kalau dah tua dan nyanyok tok sah la dok pi becakap hal yang bukan-bukan, orang muda hari nie bukan bodo yang mudah nak dengaq buta tuli dengan tak tengok kelilin apa yang dok tejadi, kami ni dah besaq dalam keadaan yang tok Det sendiri buat bagi celaghu,sapa buat bagi Sulatan hilang kuasa, sapa buat bagi anak melayu hilang hak bumi putera,sapa buat orang melayu jual semua tanah tok nenk mereka pada bukan bumi petera, sapa buat undang-undang boleh pindak hak risab melayu kat orang bukam melayu,sapa dok pi ambik tanah melayu nuat pembangunan lepais tu jual kat bukan bumi petera, tanah melayu sapa jual kat Singapura,jawab mai sat Tok Det kami anak muda nak dengaq.

zalee,ipoh said...

Org tua ni makin menggelabah kebelakangan ni.Semakin dkt PRU semakin kerap dia mengeluar kn kenyataan.Jd kita faham lh kenapa!

Anonymous said...

Eloklah tu madey ooi syaitan kata kat syaitan. Tapi hangpa mesra juga sama hangpa.kalau malaikat hangpa marah suggoh.