Followers

Saturday, August 25, 2012

Nampaknya, Rafizi Ramli terpaksa turun!

Rakyat Malaysia dibeban dengan tiga jenis cukai kereta ini adalah kerena harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan oleh Umno/Bn iaitu duti eksais ke etas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus dan cukai jualan 10 peratus jika kereta tersebut dikilangkan di Malaysia. Beban bertambah meningkat jika membeli kereta import kerana akan ditambah dengan cukai import sebanyak 30 peratus.

Bermakna bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat marhaen di bawah ini jika mahu memiliki sebuah kereta perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Bn. Hal ini dijelaskan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR.



Fakta - Hutang kereta kedua terbesar selepas rumah:

# 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3000 ke bawah sebulan.

# 71.9 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta.

# Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.

# Jumlah hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan berbanding RM118 bilion pada November 2012.

"Maka satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkat pendapatan boleh guna", jelas Rafizi.

Nampaknya demi usaha memberi kesenangan kepada rakyat setakat mana yang boleh dan mampu, Rafizi  terpaksa turun padang bersama-sama pasukannya di tempat-tempat awam untuk menerangkan kepada rakyat marhaen mengenai kempen ini, itu pun jika rakyat berazam menolak Umno/Bn dari tampok kekuasaan dalam PRU ke 13. Jika tidak, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih antara membuat pilihan yang lapuk Umno/Bn dan pilihan yang terbaik PR yang disarankan Rafizi! Tahniah Rafizi and the team!

No comments: