Followers

Friday, August 10, 2012

Najib anak Razak kian sukar lelap mata baca berita ini



Ketua Pembangkang jadi presiden baru Libya

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 10 Ogs 2012

TRIPOLI (Libya): Dewan Undangan Nasional Libya telah memilih Mohammed Magarief, bekas pemimpin pembangkang sebagai Presiden setelah kongres baru untuk negara Afrika Utara itu memulakan pemerintahannya.

Magarief, ketua Parti Barisan Nasional (National Front Party), akan mengetuai 200 ahli kongres, yang akan menamakan seorang Perdana Menteri, meluluskan undang-undang dan memimpin Libya  ke arah pilihanraya parlimen yang sepenuhnya selepas perlembagaan baru didrafkan tahun hadapan.


Magarief, dilihat sebagai pejuang Islam moderat, adalah pemangku Ketua Negara, namun kuasa sebenar beliau belum benar-benar dipastikan.


Bekas diplomat yang tinggal dalam buangan sejak tahun 1980-an ini adalah figur terkemuka dalam gerakan pembangkang tertua Libya – Barisan Penyelamat Libya Nasional (National Front for the Salvation of Libya) – yang telah berulang kali cuba menjatuhkan pimpinan Libya sebelum ini, Muammar Gaddafi.


Parti Barisan Nasional adalah cabang kepada gerakan pembangkang tertua Libya, dan parti ini telah memenangi tiga kerusi dalam pilihanraya Dewan Undangan Nasional 7 Julai lalu – pilihanraya bebas yang pertama untuk Libya dalam generasi ini.


“Saya sangat gembira. Ini adalah tanggungjawab besar,” dia memberitahu Reuters.


Magarief mendapat 113 undi dan pihak lawannya Ali Zidan hanya memperoleh 85 undi. Ini adalah undian pusingan kedua setelah tiada pihak yang mendapat majoriti dalam undian pusingan pertama.

Baca seterusnya: Harakahdaily 

No comments: