Followers

Wednesday, August 29, 2012

"Mari kita tengok siapa yang kenaa!!', kata 'Berahim' Pendek!

Akibat daripada perniagaan saham 'haramjadah'  tak pasal-pasal peneroka kena bayar RM50 sebulan selama 5 tahun! Katanya 800 unit saham diberi kepada peneroka tapi kena bayar bulanan kepada Felda. Maka akan ada potonganlah lagi!  Kalau dah nak beri, beri jelah percuma! 

Begitulah peneroka Felda cuba diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan dengan urusniaga yang berbelit-belit dan penuh dengan kepandiran! Apakah para peneroka masih tak serik-serik dengan Umno lagi? Kita tengok dalam PRU 13 nanti! Mari kita tengok siapa yang kenaa!!!

Berita dipetik:


Felda Ambil Alih Hutang Peneroka Beli Saham 

SERDANG: Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, Rabu.

Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.

Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.

Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham pada masa itu rendah.

"Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka," katanya.......


BERNAMA

No comments: