Followers

Thursday, August 23, 2012

Laa...rupanya S/U Politik Perdana Menteri bengong!

Masih tak tahu pendirian PAS berhubung hukum hudud? Datang dari belantara mana dia ni agaknya? Tak tahukah dia semenjak penubuhannya lagi PAS telah memperjuangkan hukum syariah Islam termasuk hudud? Pendirian PAs dalam hal hudud ini adalah konsisten cuma buat masa ini PAS lebih menumpukan kepada menguadsai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Apa peliknya perbezaan pendirian antara PAS dengan DAP? Bukankah kedua-dua parti itu telah bersetuju untuk tidak bersetuju! Bengong benarkah untuk S/U memahami hal itu?

Sesungguhnya pendirian, pandangan, sikap, kerja buat dan penerangan PAS mengenai hukum hudud akan berterusan sehingga ianya boleh diterima untuk dilaksanakan kerana hukum Islam adalah hukum yang paling adil kerana ianya adalah hukum Allah. Hal ini telah dijelaskan berkali-kali oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS dan kepimpinan PAS yang lain. Macam mana boleh jadi S/U politik tak faham benda yang mudah?

Yang perlu difikirkan oleh Fatmi selaku S/UPPM kepada PMnya ialah bukan masalah DAP yang menolak, tak penting tu, tetapi lebih penting dan sangat utama ialah Umno mesti menerima, membantu, menyokong PAS dan berkerja ke arah pelaksanaan hukum hudud segera!

Tengok punya 'jahatnya' Umno, nak tunggu dapat mandat PRU barulah Umno (Umno nak bina...!!!!) nak bina lebuhraya kat Kelantan! Nampak sangat tak ikhlas. Kelantan tu salah sebuah negeri di negara Siam ke sampai Umno tak boleh buat lebuh raya sekarang atau tanpa mandat PRU? 

Nun....kat Sabah sana, Umno yang kuasai sekarang, buatlah lebuhraya banyak-banyak dan lebar-lebar, jalan kat Sabah macam jalan ladang sawit!

So jangan jadi bengong wahai tuan S/UPPM!

Berita dipetik:

Khamis Ogos 23, 2012 

PAS Perlu Nyatakan Pendirian Berhubung Hukum Hudud, Bukan DAP - Fatmi 

KOTA BAHARU: PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata PAS sebagai sebuahparti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang, perlu tegas denganpendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

"Yang penting hari ini, PAS perlu buat pendirian, bukan DAP yang buat pendirian. Orang Malaysia sudah tahu daripada dahulu lagi DAP tolak negara Islam, tolak hudud.

"Yang silapnya PAS pergi terima DAP buat apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Umno Parlimen Kota Baharu di sini, Khamis.

Akhbar hari ini melaporkan timbalan ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara iniseperti hukum hudud.

Nik Abduh dilaporkan berkata kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam yang cuba dilaksanakan PAS jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Mohamad Fatmi berkata PAS juga sepatutnya membuat pendirian sama ada masihmahu kekal bersama pakatan pembangkang selepas kenyataan mereka berhubung penubuhan negara Islam dilihat sering ditolak DAP.

Mengenai kesesakan lalu lintas di negeri ini menjelang Aidilfitri, Mohamad Fatmi berkata Umno merancang untuk membina Lebuhraya Kota Baharu-Gua Musang jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ini adalah perancangan kepimpinan Umno Kelantan. Kami akan membina lebuhraya ini dan tidak akan membebankan rakyat untuk memberi sumbangan," katanya.-BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Aku setuju pasal pembangunan di Sabah yang terencat... UMNO memang "syaitan bodoh yang berpenyakit busuk sampai ke usus".