Followers

Sunday, August 05, 2012

Kelantan bakal 'dibelit' jika percaya ular sawa tidak membelit!

Untuk bersikap adil kepada Umno okaylah, Umno bukan segala-galanya buruk tetapi awas, selalunya yang buruk itu kerap datang dari Umno! Umno bukan segala-galanya membelit tapi selalunya yang membelit-belit macam ular sawa itu ialah Umno!

Bila Najib Razak hantar surat ke Kelantan untuk bincang mengenai royalti minyak Kelantan itu mungkin petanda baik, ceria dan mungkin bahagia tapi bila Najib kata kena tubuh Jawatankuasa khas royalti Kelantan dan mahu ambil masa selama 6 bulan, itu pula alamat tidak baik yang boleh jadi membawa derita!

Boleh jadi Kelantan akan dapat wang royalti dan boleh jadi juga Kelantan akan tersengih kena tipu kerana proses mahu memberi royalti kepada Kelantan kelihatannya berbelit-belit! Tubuh panellah, 6 bulanlah, luar pantailah, dalam pantailah, sukarlah, rumitlah - itu semua ayat putar alam!

Oleh yang demikian Kelantan perlu hati-hati kerana air menjadi bahan membuli Selangor, jangan pula minyak menjadi bahan membaham Kelantan!

Sebenarnya nak bagi wang royalti ke Kelantan bukannya payah, ikut sajalah sifir royalti ke Sabah, Sarawak dan Trengganu, tak perlu iawatankuasa khas pun! Kan kata ekonomi Malaysia tengah mantap, Petronas banyak untung, kalau benar begitu, seminggu pembayaran royalti boleh selesai!


2 comments:

Anonymous said...

sangat setuju dengan pandangan ini. Pakar belit, sampai bila pun kita kena hati-hati.

IbnAbdHalim said...

Setuju! Kalau nak bagi tak payah tubuh apa-apa jawatankuasa sebab perkara tersebut telah termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri.

Tindakan menubuh jawatankuasa menunjukkan Najib tak ikhlas. Itu semua propaganda pilihanraya. UMNO dah terlalu terdesak dan cuba berbagai helah supaya sokong kembali kepadanya.