Followers

Wednesday, August 08, 2012

Kalau sokong DAP haram, sokong Umno pun...



Terpapar besar  di utusan pencacai, ada seorang entah datang dari mana, mengeluarkan fatwa, adalah haram bagi umat Islam menyokong DAP (yang berdasar secular dan para pemimpin tertingginya bukan Islam), yang secara terang-terangan menentang penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Kalau DAP punyai dasar begitu dan para pemimpinnya berkata begitu adalah haram disokong, sokong Umno tidak haramkah? Kalau menggunakan alasan yang sama rasanya sokong Umno pun macam HARAM jugak!

Atas alasan prinsip “Maqasid Syariah”, dasar Umno tidak pernah berkempen pelaksanaan dan penerangan hudud, tidak pernah ternampak cita-cita mahu laksanakan hudud, tidak pernah mencipta ruang ke arah pelaksanaan hudud di masa akan datang dan para pemimpinnya terang-terangan mahu bertindak ke atas negeri Kelantan jika melaksanakan hudud satu masa dahulu. 

Umno tidak pernah menyokong dan berusaha mahu memberi ruang kepada PAS sekurang-kurangnya di Kelantan untuk laksanakan hudud, tidak pernah memuji, malah sebaliknya mengecam, memperlekeh dan menghina hasrat PAS setiap kali ada kesempatan!  

Terbaru Najib Razak Presiden Umno berkata hudud tak akan dilaksanakan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan reality. Apakah Allah membuat sesuatu peraturan tidak sesuai dengan reality manusia? Na’uzubillah!

Dari semua itu, walau bagaimanapun ayat pertuturan yang dilafazkan, tanpa menggunakan pun perkataan ‘tolak’  adalah jelas sebenarnya Umno jugak tolak hudud! Tidakkah itu lebih kurang sahaja dengan maksud yang diluahkan oleh DAP? Cuma DAP berbunyi terus terang dan kasar, manakala Umno penuh dengan bunga-bunga  kata! Namun dua-dua adalah jelas parti sekular!

Maka, kalau orang itu kata, sokong DAP adalah haram kerana sebab-sebab yang dinyatakannya, maka sudah tentu sokong Umno berkali- kalilah haramnya!

Kesimpulan berdasar hujah-hujah yang diberikan oleh orang itu, maka sokong Umno pun nampaknya HARAM jugak!

Satu lagi isu, orang itu berkata, MCA dan MIC bukan kafir harbi seperti DAP! Ooo...oh..maknanya bolehlah sokong MCA dan MIC yang bukan kafir harbi walaupun dasarnya tegas tolak hukum hudud malah pernah ugut akan keluar Barisan Nasional jika hudud dilaksanakan Umno dan pernah menghina konsep Negara Islam, pernah menuduh YB Umno yang cadang laksana hudud di Johor sebagai ada masalah mental  dan hina  wanita Islam yang tak mahu bersalam dengan lelaki  bukan muhrim?

Apa punya ‘ulamak’ daaa....pandir aaa!?

1 comment:

baretta said...

Ostad tu tau ke apa yg dia ckp...?? Dia baca ke dasar parti dap? Dia kaji ke? Dia tau ke tak dlm dap ada melayu jadi ahli? Lek ellehhh.... Akai ada ka ostad.....????