Followers

Friday, August 03, 2012

KAHKAHKAHKAHKAH....OH..ANAK BAPAAAKKKK!!!!


'Kalau sayangkan Mahathir jangan malukannya lagi' !!!  Kahkahkahkahkah..... kelakar jugak anak bapak ini!

Dan kalau ngko orang sayangkan dia ada chan-lah aku merasa jadi MB Kedah! 

Tak ku sangka rupanya Mahathir malu besar selama Kedah kalah! Ada kemaluan jugak Mahathir rupanya yek? Ingatkan keluarga Anwar sahaja yang terasa malu dan aib difitnah Mahathir, rupanya Mahathir pun terasa malu dikalahkan Azizan Razak!  Kahkahkahkahkahkah!

Masalahnya adakah lagi orang sayangkan dia?

Anwar Ibrahim kerap buat ceramah di Kedah dan di mana-mana, tiap-tiap malam! Yang jelas walau hujan ribut, penuh padang datang dengar Anwar Ibrahim ceramah. Tak tahulah aku, yang berderu datang dengar ceramah Anwar itu kerana sayangkan Anwar atau tidak.


Hassan Jati pun kerap buat ceramah, merata-rata! Banyak juga kelihatan kerusi, penuhlah khemah! Tapi aku tak pasti apakah itu bukti sayang kepada Hassan Jati atau apa! Sudahnya Hassan Jati kembali menjadi Pengerusi Forum Perdana. Tentu Hassan Jati rasa lagi ramai orang 'sayang'-kannya, 1Malaysia!

Najib Razak jugek kerap buat ceramah. Ramai jugak yang datang terutama budak-budak sekolah! Oklah jugek... Kalau yang tua-tua datang, rasanya kerana sayang jugak kat Najib sebab Najib Razak beruwang!


Jadi kalau Mukhriz nak tahu adakah masih ada lagi orang sayangkan bapak, atau bapak pun mungkin nak test market, acu cuba try buat ceramah perdana, road show lagi bagus...kan! Ceramah sambil duduk pun tak apa! Mana tahu kot berderu rakyat Kedah atau di mana-mana akan tunjuk 'sayang' kat bapak! Baru padan muka Anwar, jangan perasan rakyat sayangkan dia je!

Anak bapaaakkk ngkolah buah hati ku tak kala ku pilu!!!!!

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi.

Ahmad Fadli KC

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.


"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.


Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.


Mukhriz jadi MB Kedah?


Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.


"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.


"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.

Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.

Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".


"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.


"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.


'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya. Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.


Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".


"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.


"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.


'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya.

Sumber: malaysiakini

No comments: