Followers

Thursday, August 16, 2012

Iye ke dia ni tak membodek?

Aku tak percaya langsung dia ni buat filem bukan untuk bodek! Boleh percaya ke? 

Tiba-tiba je keluar filem konon tentang sejarah persahabatan Tun Razak dengan Tun Dr Ismail! Apa pentingnya sejarah persahabatan antara Tun Razak dengan Tun Dr Ismail itu kepada Malaysia hingga berusaha mendapat dana dari FINAS?

Oo...kononnya 'kita kena terima fakta walaupun datang dari Umno'! 

Memang betul tu, kita setuju! Masalahnya Suhaimi tidak tahukah biasanya fakta yang datang dari Umno atau puak-puak yang seiras dengannya banyak yang mengelirukan dan cukup membelit? Rakyat banyak yang membantah fakta-fakta yang biasanya datang dari Umno dan puak-puaknya! Banyak yang boleh dibuktikan tentang itu atau Suhaimi sebenarnya memang seiras dengannya?
Satu contoh fakta membelit "Malaysia tidak pernah dijajah"! Muhyiddin Yasin pula kata " Malaysia terbukti dijajah"! Hah kan bagus punya sejarah tu! Buatlah filem, anak kepada pakcik Kling dan MPM boleh tolong ceritakan! Rakyat pun nak tahu!

Berita dipetik:

Pengarah: Saya bukan nak bodek

Ahmad Fadli KC

Pengarah Shuhaimi Baba menegaskan, filem terbarunya Tanda Putera tidak pernah dibuat untuk membodek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, tegas Shuhaimi, ia hanya memaparkan sejarah persahabatan dan perjuangan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak - yang juga bapa Najib - dan timbalannya Tun Dr Ismail.

"Tun Razak dan Tun Dr Ismail adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu.

"Kita kena terima fakta itu walaupun mereka datangnya daripada Umno. Kalau pun mereka datang daripada parti lain itu juga satu fakta.


"Ini bukan soal bodek, kita ada orang lain yang kita boleh bodek kalau kita mahu," kata Shuhaimi pada sidang media di Petaling Jaya petang tadi. 

Penerbit eksekutif filem itu, Aida Fitri Buyong memberitahu bahawa wakil keluarga terdekat kedua-dua tokoh itu ada dirujuk sewaktu filem itu disiapkan.

"Filem ini memang ada konsultan untuk dua pihak keluarga iaitu Tun Dr Ismail dan Tun Razak," kata Aida.


Sumber seterusnya: malaysiakini

No comments: