Followers

Wednesday, August 01, 2012

Inilah punca kadar jenayah meningkat!

Rupa-rupanya, inilah punca kadar jenayah meningkat dalam negara. Polis Di Raja Malaysia sudah tidak ada rasanya, yang ada hanyalah Polis 'Umno' Malaysia! Perlakuan jenayah berlaku merata-rata bukan menjadi fokus utama kepada pihak polis yang sedang bekerja siang malam untuk parti tua nyanyuk itu. 

Menjadi fokus utama Polis Umno Malaysia kini ialah mencari mana-mana rakyat yang sayangkan negara, yang mahu selamatkan negara dari kancah kepapaan dan kehinaan, yang mahu membenteras negara dari musubah rasuah dan pecah amanah  dalam kalnagan para penjenayah kolat putih puak-puak kroni kepimpinan Umno/Bn kini.

Orang yang menjerit memberi tahu, ayam jiran dicuri, ditangkap, manakala pencuri ayam disuruh lari. Orang yang menjerit perogol sedang merogol ditangkap, orang yang sedang merogol, dibuat tak nampak! Ini bukan lagi SOP taik kucing malah ianya telah menjadi SOP gila babi!

Rencana petikan:




Dakwa Rafizi: Sah transformasi Najib bohong

Muhammad Faizal

SHAH ALAM: PAS menyifatkan segala janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan tranformasi politik hanya cakap politik semata-mata.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang ditemui di Mahkamah Shah Alam berkata, segala janji Najib itu terbatal dengan hanya tindakan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini.

"Kes pendakwaan hari ini membuktikan segala janji kerajaan di bawah Najib dalam membawa perbaharuan selaras dengan demokrasi semuanya terbatal.

"Apa yang dijanjikan oleh beliau itu hanya sekadar cakap-cakap politik Umno-Barisan Nasional sahaja," jelasnya ketiaka ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Beliau yang hadir memberi sokongan kepada Rafizi berkata, sempena bulan Ramadhan ini sepatutnya kerajaan menggalakkan rakyat meningkatkan ibadat serta meningkat amalan kebaikan.

Namun katanya, tindakan pendakwaan terhadap individu yang menegakkan kebaikkan telah mencemar kesucian bulan Ramadhan.

"Kesucian bulan Ramadhan akhirnya tercemar apabila tiba-tiba orang yang ingin membawa perubahan kebaikan dalam menonjolkan penyelewengan dan rasuah akhirnya didakwa.

"Pendedahan penyelewengan dilakukan kerana ia melibatkan ratusan juta wang rakyat dan wang negara namun kerajaan di bawah Najib tetap meneruskan pendakwaan," katanya.

Kamarudin turut menyatakan, ini bukti yang jelas bahawa semua rakyat mesti memahami bahawa kerajaan di bawah Najib seperti mahu melindungi mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah serta penyelewengan.

"Kita melihat tidak ada sedikit pun unsur-unsur yang dilakukan oleh Najib dalam mengambil tindakan serta menghukum mereka yang melakukan jenayah terutamanya rasuah walaupun bukti yang jelas telah didedahkan.

"Malah Najib masih lagi mahu melindungi mereka-mereka ini serta memberi peluang untuk mereka-mereka yang terlibat membersihkan nama," tambahnya.

Beliau yang ketika ditanya tentang peluang kemenangan dalam kes hari ini memberitahu bahawa pendakwaan hari ini memberi peluang untuk melakukan pendedahan yang lebih mendalam.

"Bagi kes ini telah memberi ruang kepada kita membuat lebih pendedahan dan kita berpeluang untuk menang.

"Selain itu juga peluang kepada kita menjelaskan lagi kepada rakyat bahawa tidak ada penyelesaian terhadap masalah hari ini jika berada di bawah Umno-Barisan Nasional kecuali melakukan perubahan melalui pilihanraya umum yang akan datang," tegasnya.

No comments: