Followers

Sunday, August 19, 2012

Dapat 2 juta tak kan terus tidoq kot? Ni kapiaq apa pulak ni?

Inilah rupa kapiaq yang Abdullah Saamah dan Fathul kata tidak memudaratkan Islam! Tuhan Yang Maha Berkuasa bayar tunai tunjuk kat Abdullah Saamah dan Fathul!

Berita dipetik:

MCA S’gor: Pilih kami, kami akan halang jadi Negara Islam

Nigel Aw

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Sumber:malaysiakini

1 comment:

batu pelangi said...

Apa komen ulamak UMNO tentang isu ini? Dah terang serta bersuluh!
Jahanam AGAMAKU sekiranya ada ulamak
bertopengkan SYAITAN mengeluarkan
faktwa!