Followers

Saturday, August 04, 2012

Dakwat merah mula menghiasi rekod prestasi dia kerana seorang Rais!

Nampaknya apakah bala yang melanda Najib Razak? Markah prestasinya yang cuba dilambung ke tahap cemerlang oleh pelbagai pihak terutama oleh apa yang disebut orang, MPM, kini kian menjunam ke bawah.

Kalau dulu Khalid Nordin buat taik melalui isu PTPTN, kemudian Hishamuddin keris telanjang dengan isu konon 'JI dan komunis menyerap parti pembangkang', lepas itu kroni yang bernama Rozali taukeh unggul SYABAS yang merosakkan prestasi Najib dengan isu jadi-jadian air di Selangor, kini tampil pula Rais Yatim dengan segala kekelam-kabutannya!

Bermula dengan tema hari dan bulan kemerdekaan negara yang ke 55, kemudian logo dan kini lagu, habis semuanya dikiritik orang. Bukanlah orang sengaja sedap mulut atau suka-suka nak kritik atau mahu boikot tapi semua garapan idea 'orang tua' itu memang sungguh tidak senonoh dari tema, logo hingga ke lagu. Bukan penyokong pembangkang sahaja yang membangkang malah penyokong Umno juga sedap bermulut celupar terhadap Rais Masnah ini!

Nampaknya dalam pening sorang-sorang Najib Razak mahu selesaikan isu Sabah yang bagaikan diterjah taufan, Rais Yatim dengan lagak intelek yang tidak kesampaian, pula tampil meletakkan prestasi Najib Razak dalam contengan markah pen berdakwat merah!  

Kalau selama ini rekod prestasi dia mungkin sentiasa menurun yang belum ke tahap markah berdakwat merah, kini...adoi...nampaknya dakwat merah mula menghiasi rekod prestasi dia kerana seorang Rais!

Apakah ada orang yang gembira Najib Razak berprestasi begini? Kita tunggu lepas raya ini! Jeng...jeng...jeng!!!


1 comment:

Anonymous said...

ntahlah apa nak jadi sejak dua menjak ni kpd najib org yg di"PM"kan...

kabarnya rosmah mansor dah berlepas ke London to give support for Chung Wei yg layak ke final (single) olimpik lwn Lin Dan.

apakah ada satu episod yg bakal terjadi di sana...??

kita tunggu...