Followers

Saturday, July 21, 2012

Umno/Bn melakukan suapan persepsi di sana sini!

Memang kini Umno/Bn terlalu sibuk dengan program  memperbetulkan persepsi walaupun terhadap perkara yang salah yang telah dan sedang dilakukan. Program jelajah "Janji Ditepati" adalah salah satu diantaranya yang memakankan belanja yang besar. Namun mahu mengakui kesalahan dan kesilapan dan memperbaikinya tidak sekali-kali! 

Bagi pihak rakyat, mereka tidak bodoh untuk menerima asakan persepsi baik, jika sesuatu yang dilakukan itu salah atau perkara yang memang menyusahkan kehidupan mereka. 

PRU ke 13 rakyat akan membuat keputusan ke arah perubahan kerana sudah menyampah dengan permainan persepsi selama 55 tahun Umno/Bn memerintah! Tunggu sahaja masanya akan tiba untuk rakyat menghukum kerajaan yang keterlaluan membazirkan wang rakyat tanpa faedah yang munasabah!

Berita dipetik:

RM170 juta ubah persepsi tapi jenayah meningkat

Oleh SIDIQIN OMAR

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan (kerajaan Umno/Bn) membelanja RM170 juta untuk membetulkan persepsi orang awam, berbanding menangani masalah jenayah.

" Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia akan sentiasa bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis, bukan semata-mata memikirkan persepsi umum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, 10 Julai lalu.

Katanya 71 peratus daripada belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tahun 2012 adalah untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Pada masa yang sama, tambahnya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam terhadap polis.

Sumber: SK75

No comments: