Followers

Tuesday, July 24, 2012

Sudah...sudahlah mengundi Umno/Bn, kita cuba Pakatan Rakyat pulak.



Sokong Umno/Bn yang mengakibatkan Umno/Bn menang lagi PRU 13 bermakna:

PTPTN akan diteruskan – tiada pendidikan percuma dari pra sekolah hingga ke U!

Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dikenakan!

Tanah dan harta Felda terus tergadai!

Wang pencen hanya akan dapat setelah usia 60 tahun!

Tiada air percuma lagi di Selangor, malah tarif akir akan meningkat mendadak, sebab kena tanggung gaji Pengerusi SYABAS  berjuta setahun!

Warga asing yang mendapat kerakyatan segera lebih berkuasa daripada rakyat tempatan!

Pengangguran makin meningkat dan kerja tidak setimpal dengan kelulusan!

Harga barang keperluan akan semakin mahal!

Saman lalu lintas akan mencekik darah dan kroni akan terus membuat duit!

Tol-tol akan diteruskan!

SYABAS akan naik tocang di Selangor!

Harga kereta makin mahal!

Kroni dan anak beranak makin kaya!

Kehidupan rakyat terus tertekan dan merana!

Oleh yang demikian JOM kita semua terutama anak-anak muda kita sokong  dan menangkan Pakatan Rakyat. Harga kereta pun murah apatah lagi dapat pendidikan percuma! Tak mahu juga, memang tak cerdik!

Berita dipetik:
 
Kurangkan harga kereta jadi manifesti Pakatan Rakyat

Ahmad Fadli KC 24 Julai 2012

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.


Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan

perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.


"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.


"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.


Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.


ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.


"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.


"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Yakinkan pengundi2 di kawasan kampung, kalau mereka berubah kpd PR cerah jalan ke Putrajaya untuk PR