Followers

Wednesday, July 25, 2012

Strategi Muhyiddin makin menjadi?

Apakah strategi Muhyiddin Yasin untuk menjadikan Najib bagaikan Pak Lah akan menjadi kenyataan? Kelihatan elemen ke arah itu sedang berlaku apabila desas-desus mengatakan bahawa pilihanraya bakal diadakan pada September 2012. Pilihanraya pada tahun ini dikatakan adalah 'kehendak selesa' Muhyiddin dalam menpercepatkan impian menjadi kenyataan?

Mahathir pula sedang 'menekan' Najib untuk segera melihat kepada anaknya sebagai MB Kedah jika kononnya Umno/Bn  menang di Kedah! Konon telah ada survey yang suka anak Mahatahir menjadi MB Kedah?

Apakah team 2M kembali muncul - Muhyiddin-Mahathir?

Berita dari akhbar:


Jangan ‘nafi’ hak rakyat balik mengundi

Muhammad Faizal 25 Julai 2012

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan peratusan undi akan rendah jika pilihanraya umum (PRU) ke -13 diadakan selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua selepas pulang bercuti Aidilfitri.

"Jika benar ia diadakan pada bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang mengundi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus banyak pihak bahawa kemungkinan PRU-13 akan diadakan selepas cuti Aidilfitri atau lebih spesifik pada September ini.

"Kita dapat lihat pihak yang menyokong Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)mendesak agar pilihanraya diadakan pada tahun ini, namun bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pengikutnya berpendapat agar ia diadakah pada tahun hadapan.

"Tetapi melihat kepada senario yang berlaku sekarang yang mana bajet tambahan sudah diluluskan maka saya pasti ia akan diadakan pada tahun ini," sambungnya lagi.

Gerakkan kempen balik mengundi


Sementara itu beliau memberitahu, PAS akan melancarkan kempen besar-besaran menyeru rakyat keluar mengundi pada pilihan raya itu nanti.

Pihaknya juga jelas Tuan Ibrahim, akan mengerakkan seluruh jentera agar menemui serta memberi penerangan kepada ahli dan juga pengundi-pengundi yang berada diluar agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Jadi atas sebab itulah kita akan melancarkan kempen balik kampung agar setiap ahli PAS dan pengundi dapat menggunakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi menentukan siapa pemerintah pada masa yang akan datang," jelasnya.

Katanya lagi, isu yang paling besar jika pilihanraya diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bebanan kepada rakyat yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedangkan mereka terpaksa menanggung bebanan yang lain lagi.

"Kalau fenomena ini berlaku maka Umno-Barisan Nasional akan menggunakan wang sebagai umpan mereka agar pengundi dapat balik mengundi," katanya.

Sumber:harakahdaily

No comments: