Followers

Sunday, July 22, 2012

Shafie Apdal kata kalau Umno diresapi komunis, Umno sedia disiasat! Bagaimana dengan Shafie sendiri...ada dakwaan wang ratusan ribu kepada sidia itu, boleh disiasat?


Wah sungguh berintegriti dia! Tapi jangan lupa bah, siasatkan jugak ya bagaimana seorang artis boleh dapat ratusan ribu RM wang setiap kali berjumpa seorang ahli politik Umno? Siasatkan itu wang siapa? Dari mana wang itu? Untuk apa diberikan kepada artis itu? Apa spesialnya artis itu hingga ratusan ribu diberikan bah?

Oh ya...jangan mahu disapuin bawah karpet kes itu! Zuraida PKR  dan rakyat  prihatin sedang menunggu hasil siasatan itu bah!

Soal Umno dengan komunis, ah itu kan semua udah maklum parti mana yang ada hubungan dengan Parti Komunis Negara Cina dan pemimpin parti mana yang bawa rombongan Parti Komunis Negara Cina ke tanah rancangan Felda di Pahang baru-baru ini?

Berita dipetik:

Shafie: Umno sedia disiasat dakwaan diresapi komunis

Zulaikha Zulkifli

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.

"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.

Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.

"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.

"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.


Sumber: malaysiakini

1 comment:

maie1958 said...

simamat ni meroyan pasal air kat selangor pulak....lu balik semporna yang tak semporna sampai sekarang selesaikan banyak isu lagi,jalan dalam bandar pun standard zaman perang lagi...belum lagi kes ehem kau dgn janda tu,duit mana kau ambik bayar servis dia pada kau...kalau kau kata kau simpan duit dari kecil macam rosmah yang sama penyamun macam kau,semua orang tak percaya???