Followers

Wednesday, July 11, 2012

Ruang-ruang kemenangan yang disediakan buat Umno?


SPR Malaysia yang terkenal dengan lagak pekak badak terhadap komplen rakyat, namun kini dalam keadaan rupa wajah SPR begitu hodoh dan buruk dengan masalah integriti dan keadilan terhadap parti-parti yang membangkang Umno, apakah tindakan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi melalui undi pos dalam PRu ke 13 nanti boleh dipercayai keadilan dan kesahannya?

Proses undi pos yang dilaksanakan dalam negara pun begitu dipertikaikan, inikan pula undi pos yang berlaku di luar negara! Telah banyak pendedahan dari bekas tentera dan polis yang ‘mengaku’ bahawa undi pos terlalu dimanipulasi untuk kepentingan Umno/Bn, apakah jaminan yang boleh diyakini bahawa perangai jahat memanipulasi undi pos demi kepentingan Umno/Bn tidak akan berlaku terhadap undi pos yang dibenarkan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara?

Pelik dan anih mengapa susah sangat buat SPR untuk membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi awal secara terus tanpa menggunakan kaedah undi pos yang sering dipertikai ini  di kedutaan-kedutaan Malaysia atau di tempat-tempat yang dibenarkan? Jikalah alasannya penjimatan bajet, maka ia tidak wajar ditimbulkan kerana lawatan dan cuti seorang VVIP dan isteri ke Milan boleh mencecah Rm 3 juta, kenapa pula perbelanjaan penting untuk memilih kerajaan yang mendukung hak rakyat menjadi begitu berkira?

Tuntutan mereformasikan undi pos oleh Bersih 3.0 pun belum memuaskan, proses undi pos terus mahu diperluaskan! Nampaknya sehingga ke saat ini bilangan pengundi pos yang sepatutnya telah berkurangan secara drastic sekali, mungkin telah menjadi sebaliknya semakin bertambah ramai berbanding dalam PRU sebelum ini! 

Setakat hari ini, inilah gambaran wajah yang semakin hodoh dan buruk SPR yang dikendalikan oleh dua orang yang disyakki sebagai ‘ahli Umno’! Nampaknya kerja memenangkan Umno/Bn secara penuh muslihat barangkali menjadi kerja wajib puak-puak yang tidak tahu malu ini!

SPR: Rakyat M’sia luar Negara boleh undi melalui pos

Lee Way Loon

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.

Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.


Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.


Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.


Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi.

Sumber: malaysiakini

No comments: