Followers

Saturday, July 07, 2012

PM tolonglah cermin diri sendiri!

Payah juga kalau pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri ikut sedap mulut bercakap. Nampaknya jelas pemimpin seumpama itu tidak sedar diri! Lebih malang lagi ketidak-matangan sebagai seorang pemimpin bertaraf negarawan langsung menyerlah, tak ubah pemimpin bertaraf JKKKK sahaja!

Dalam usaha mengambil haknya, rakyat dimaki sebagai haramjadah! Menerima apa sahaja bantuan yang dinamakan bantuan kerajaan tambah pula kerajaan persekutuan tak kiralah dalam bentuk durian runtuh ke, cempedak gugur ke, tembikai bergolek ke, bukanlah bermakna mengambil atau menerima hak peribadi mak bapak seseorang! 

Bukankah bantuan kerajaan atau apa sahaja nama peruntukan kerajaan adalah datang dari pelbagai cukai dan hasil dari titik peluh rakyat? Dah tu kenapa pula mesti yang menerimanya hanya yang menyokong parti yang memerintah kerajaan sahaja? Rakyat yang tidak menyokong kerajaan kerana prinsip-prinsip tertentu dan tidak bersetuju dengan kerajaan di atas asas-asas yang munasabah, tak payah guna duit? Tak payah makan? Tak payah hidup dan perlu dicampak ke laut? 

Apa punya dasar kerajaan begini sehingga memaki hamun 'haramjadah' rakyat yang hanya datang mahu mengambil haknya sendiri dan bukan mahu merampas hak mak bapak Najib Razak atau Isa Pendek! 

Tak puas lagi mengharamjadahkan rakyat di Jengka, datang pulak ke Cini menghina pula rakyat yang mahu hak mereka dengan kata-kata perli dan menghina 'muka tak  malu!'. Apa ni?

Siapa sebenarnya muka tak tahu malu ni? Rakyat yang mahu mengambil hak mereka atau bini Najib Razak? Itu, beli cincin dengan harga RM24 juta guna duit sendiri atau duit rakyat? Tiba-tiba pergi bercuti ke Milan dengan kos katanya RM3 juta, guna duit sendiri atau duit rakyat? 

Tolonglah sebelum PM nak 'mengharamjadahkan' peneroka yang mahukan haknya yang tidak seberapa itu, dan sebelum memerli peneroka yang mahukan haknya yang tidak sebanyak mana itu, sebagai muka tak malu, PM cermin diri sendiri dahulu, siapa yang haramjadah dan siapa pula yang muka tak tahu malu, ok!


No comments: