Followers

Thursday, July 12, 2012

Percayalah...susahkan rakyat satu bisnes yang menguntungkan!

Saman trafik RM2,000 taktik peras wang rakyat

Oleh AEDI ASRI

Beban rakyat bertambah lagi akhir tahun ini berikutan kerajaan Umno BN menetapkan kadar maksimum kompaun kesalahan trafik mencecah RM2,000.

Sebelum ini, jumlah kompaun ditentukan Mahkamah Trafik mengikut perbicaraan bagi setiap kes.

Kadar baru itu ditetapkan selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 28 Jun lalu.

Ia diuruskan dua syarikat lantikan kerajaan, iaitu Beta Tegap Sdn BHd bagi kawasan tengah dan selatan Semenanjung dan ATES Sdn Bhd di Utara, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pada masa sama, penggunaan kamera pengesan kesalahan trafik melalui Sistem Pengakuatkuasaan Automatik (AES) yang dilaksanakan di lokasi tumpuan diperluaskan ke seluruh negara.

Selain dana kepada kerajaan Umno BN, AES dan kadar minimum itu bakal mengkayakan dua syarikat yang dilantik iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Pada sidang media 14 Julai lalu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata kutipan saman dikongsi Kementerian Pengangkutan bersama dua syarikat itu.

Memetik laporan The Edge, beliau berkata, kedua-dua syarikat mensasarkan 10 juta saman setiap tahun dan keuntungan diagihkan melalui tiga peringkat.

"Untuk lima juta saman pertama, RM16 diberikan kepada syarikat bagi setiap saman.

"Seterusnya, kutipan dikongsi 50 peratus antara kerajaan dan dua syarikat itu sehingga mereka dapat keuntungan RM272 juta setahun.

"Selepas itu, mereka akan mendapat 7.5 peratus daripada jumlah saman yang dibayar," kata Ahli Parlimen Selayang itu.

Beliau juga mempersoal kerajaan kerana tidak melantik syarikat Australia, Reflex Pty Limited yang membangunkan teknologi AES kepada Beta Tegap dan ATES.

Mengikut The Edge, antara pengarah Beta Tegap Sdn Bhd adalah Dr Adreas Teoh dan ibunya Yap Kim See @ Yap Ai Lin.

Teoh dan bapanya, Arianta Alikusno juga adalah Pengarah Mediharta Sdn Bhd yang dianugerah kontrak membekal label hologram keselamatan untuk produk farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan pada 2005.

Dipetik dari Suara Keadilan 74 untuk informasi pembaca.

No comments: