Followers

Monday, July 09, 2012

Musatafa Muhamed risau PAS ghairah!

Tiba-tiba je Datuk Mustafa Muhamed menjadi 'warak' apabila menasihati PAS agar jangan terlalu ghairah! Masalahnya bila pulak PAS ghairah? Lagi pun kalau para pemimpin PAS ghairah dengan bini dia lantak dialah! Apa pulak Mustafa Muhamed sebok!

Mustafa sepatutnya bukan nasihatkan PAS agar jangan ghairah, tetapi yang paling utama kalau nak menjadi ustaz, nasihatkan suami  dan bapak orang dalam gambar di sebelah ini. Ini contoh perbuatan menuju keghairahan yang sebenar! Bahaya tu! 

"Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, "setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak." 

Hah cakap ayat tu kat suami dan bapak dia orang tu!

Dipetik:
 
Umno nasihat PAS jangan terlalu ghairah

WARTAWAN SINAR HARIAN 

9 Julai 2012

KOTA BHARU - Umno Kelantan mengingatkan Pas dan sekutunya supaya tidak melemparkan fitnah kepada mana-mana pihak sehingga memporak-perandakan bangsa dalam keghairahan menawan Putrajaya.

Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, jangan hanya kerana mahu mencapai cita-cita untuk mentadbir negara mereka boleh memecahbelahkan rakyat sesama Islam.


“Ke Putrajaya itu memang betul, kita orang Islam perlu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT yang pastinya kita tidak akan tersasar dari ajaran agama.


“Urusan ke Putrajaya banyak dikaitkan dengan dunia yang kadang kalanya boleh menghuru-harakan negara, yang penting jangan memecahbelahkankita sesama Islam,”  katanya demikian ketika mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud terhadap sikap pimpinan dan ahli parti itu yang begitu ghairah mahu menawan Putrajaya.


Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penutupan Kenduri Perdana Polis Kontinjen Kelantan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, di sini.


Mohamed dalam tegurannya itu berkata, sepatutnya tumpuan diberikan kepada agenda dakwah sebenar yang pada pandangan beliau seperti dipinggirkan.


Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

2 comments:

XUMNO said...

Tok Pa. Nasehat kami anda jangan ghairah sangat menentang hak royalti rakyat Kelantan.Wang ihsan tu pun haksemua rakyat Kelantan, bukan hak UMNO Kelantan. Itu semua akan dipersoalkan di akhirat nanti.

ram singh said...

hoi ... hoi lebih baik ghairah
lebih baik taksub dari dok minum kilang arak puak mu tu.. biar semua nya mapus asyik mabuk.
kalau dah jenis jahil tu pi mano pun jahil tukir ..mengaku Islam buat zalim rakyat kelantan sekat Royalti