Followers

Thursday, July 05, 2012

Kerajaan 'Melayu' Umno/Bn gadai tanah Melayu!

Kerajaan Umni/Bn sudah tidak relevan lagi kepada seluruh umat Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa terlalu banyak tanah-tanah Melayu telah digadai oleh Umno/Bn.

Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura. Seluas 217 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar yang dikekalkan ketika pemisahan Singapura dari Malaysia telah diserahkan oleh pihak kerajaan Umno-Bn kepada Singapura pada tahun 2011 sehingga menyebabkan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin mengalir airmata memikirkannya sehingga kini.

Lesapnya Pulau Batu Puteh Mei 2008. Kerajaan Umno-Bn tidak bertanggungjawab dalam isu tuntutan bertindih melawan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh. Setelah Singapura dibenarkan membina rumah api, isu tersebut terus terbiar selama 40 tahun tanpa berlaku rundingan serius mengenainya.

Apabila isu itu  dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), gambar lokasi pulau itu yang telah diubahsuai berjaya dibuktikan oleh pihak Singapura, manakala peguam Malaysia gagal berhujah dengan baik.

Akhirnya Malaysia diisytiharkan kalah pada Mei 2008. Namun, pihak kerajaan Umno/Bn melalui Menteri Luar bodohnya pada waktu itu, berusaha memperbodohkan pula rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan mengatakan keputusan itu "menang-menang". 

Kini, kerana kerajaan Umno/Bn, Malaysia telah kehilangan 1 batu, cuma yang tinggal hanya sebelah sahaja lagi, itu pun hanya batu kecil yang kadang-kadang tidak kelihatan, macam tidak ada batu!

Iskandar Malaysia pula telah menelan 16,997 hektar Tanah Rizab Melayu. Iskandar Malaysia yang meniru konsep kemasukan modal dari Hong Kong ke China untuk membangunkan ekonomi Tanah Besar dibina di atas sekurang-kurangnya 16,997 hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) pada tahun 2006, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Pembinaannya diharap mengalirkan modal Singapura ke Malaysia, tetapi sehingga hari ini tidak kelihatan modal Singapura benar-benar menyeberangi ke Malaysia. Sebaliknya ia menjadi tempat Singapura memajak tanah dan membina industri menggunakan tenaga buruh Malaysia dengan upah yang murah. Hartanah di Johor banyak dibeli warga Singapura. Pemilik asal TRM di kawasan itu terpaksa keluar dengan pampasan yang tidak seberapa di negeri totok Umno itu. 

Tanah Rizab Melayu (TRM) adalah harta milik bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Ia selaras dengan undang-undang TRM yang diperkenalkan pada Januari 1914 apabila Enakmen Rizab melayu 1913 (ERM 1913) diperkenalkan.

Sejak merdeka pada tahun 1957, TRM yang diwartakan seluas 3 juta hektar. bagaimana pun pada tahun 1995 aia merosot kepada 1.7 juta hektar ankara kerajaan Umno/Bn. Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 memberi peluang mudah kepada kerajaan Umno/Bn mengambil TRM.

Pada tahun 1990, seluas 930 hektar TRM di Kampng Mambau, Negeri Sembilan diambil oleh kerajaan UBn untuk projek seremban 2.

Pada tahun 1993, 1000 hektar TRM (tanah sawah) di Kerpan, Kedah diserahkan Kerajaan Umno/Bn untuk projek Udang Harimau yang tidak menjadi.

Selain itu, 273 ekar TRM di Kampung Chubadak, Sentul (Kampung tradisi Melayu) turut diambil oleh Umno/Bn.

Setiap yang diambil itu melibatkan pengusiran keluar ratusan keluarga berbangsa Melayu yang telah tinggal di kawasan itu sejak puluhan tahun lamanya.

Dan kini tanah-tanah Rancangan Felda antara 'harta' bangsa Melayu  kian terancam kerana kerakusan kerajaan Melayu Umno/Bn yang bagaikan Yahudi Israel merampas tanah Palestin di bumi bangsa Arab!

Oleh yang demikian, yang masih setia dan terus mahu menyokong Umno, cukuplah menjadi bodoh dan diperbodohkan Umno/Bn!

 

No comments: