Followers

Thursday, July 26, 2012

"Janji ditepati", Umno tak tahu malu!

Biasanya dalam menyambut hari kemerdekaan sesebuah negara, tema sambutan sudah tentu tema yang berasaskan kepada semangat yang cuba ditanamkan ke dalam jiwa rakyat untuk terus mempunyai rasa cinta dan kasih kepada negara. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia pada tahun ini begitu berbeza.

Tiba-tiba kerajaan Umno/Bn berusaha gigih menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai hak peribadi Umno/Bn sahaja. Sikap ini dapat dilihat apabila Umno/Bn menggunakan 'Janji Ditepati' sebagai tema sambutan hari kebangsaan tahun ini.

Kerajaan Umno/Bn cuba memberitahu bahawa kononnya sepanjang menjadi kerajaan, mereka sentiasa menepati janji! Sikap ini jelas membuktikan sikap Umno/Bn yang melampau dan tidak tahu malu, yang cuba menipu dan 'membuli' rakyat Malaysia dengan menjadikan sambutan hari kemerdekaan itu sebagai hak Umno/Bn sahaja sedangkan penyokong parti-parti lain yang juga rakyat Malaysia, juga meraikan tarikh kemerdekaan yang sama seperti penyokong parti Umno/Bn.

Apa sumbangannya kepada rasa cinta negara dengan usaha menanam dalam minda rakyat yang kononnya 'Umno/Bn sentiasa tepati janji'? Parti Umno bukanlah elemen rasa cinta negara yang penting dan yang sebenarnya. 

Elemen rasa cinta kepada negara yang sebenarnya bukan kata-kata 'Umno/Bn sentiasa menepati janji' tetapi ia contohnya, perpaduan rakyat, menjunjung amalan berbahasa Kebangsaan, Integriti pemangkin kemajuan, Bersih cekap dan amanah dan seumpamanya! Malangnya Umno kali ini menjadi gelojoh dan buruk kelaku dengan masuk tong golek sendiri dengan melaungkan tema, "janji ditepati"!

Umno/Bn patut sedar, soal mereka tepati janji atau tidak, tak perlu mereka nak pukul gendang memberitahu sana-sini! Rakyat boleh menilai sendiri. Lagi pun  sebagai kerajaan yang memerintah adalah menjadi tanggungjawab mana-mana parti yang menang memberi perkhidmatan kepada rakyat, tidak timbul soal janji ditepati! Tanggungjawab kerajaan yang memerintah ialah menyediakan kemudahan prasarana  dan perkhidmatan yang secukupnya dan seselesanya kepada rakyat. Rakyat minta atau tidak minta pun, mereka kena fikir dan bagi! Jadi tidak timbul soal janji ditepati!

Nampaknya para pemimpin Umno/Bn mengalami masalah 'mental' yang kronik  hingga sambutan hari Kebangsaan pun mahu dijadikan  bahan kempen politik sempit mereka! 

Malang besar bagi Umno/Bn jika tahun ini rakyat sekali tidak ghairah kibar jalur gemilang dan menyambut Hari Kebangsaan, bukan kerana tidak patriotik atau tidak menghargai hari kemerdekaan negara tetapi kerana menyampah dengan perangai Umno/Bn yang tak tahu malu!

No comments: