Followers

Monday, July 16, 2012

Isu catuan air di Selangor bukti 'penyiksaan' terhadap rakyat!

Kerajaan Umno/Bn akan menggunakan segala peluang walaupun terpaksa menyusahkan rakyat! Tembolok kroni mesti didahulukan walaupun terpaksa 'menyiksa' rakyat. Isu bekalan air di Selangor menjadi bukti nyata akan hal ini. 

Kalau baru-baru ini mereka tergamak menarik  balik PTPTN kepada para pelajar UNISEL dan kemudian selepas disergah kerajaan Selangor dan rakyat prihatin, mereka segera batalkan hasrat jahat  mereka itu, kini isu air pula menjadi senjata mereka. Mereka cuba membuat rakyat Selangor rasa tersiksa agar lantunan keresahan rakyat akan konon 'membidas' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Sebenarnya, jika Umno/Bn yang menguasai Kerajaan Pusat ikhlas terhadap nasib rakyat dalam isu air di Selangor mereka sepatutnya bukan bertindak secara jumud dan bebal malah sebaliknya perlu bersikap lebih demokratik terhadap hasrat dan pandangan kerajaan Selangor demi rakyat yang mereka kononnya prihatinkan!

Persoalannya apakah rakyat Selangor begitu pandir untuk memahami perangai jahat dan khianat Umno/Bn ini dalam isu air di Selangor?

Apakah Umno/Bn Pusat dan Selangor begitu selesa dengan permainan ini tanpa memikirkan bahawa senjata bakal makan tuan? 

Rakyat Selangor harus merasa bosan dan menyampah dengan perangai jahat dan hipokrit ini. Masalah air yang berlaku di Selangor adalah bukan sangat masalah AIR dan ketidakcukupannya tetapi ia lebih kepada masalah SYABAS kroni 'kesayangan' Umno/Bn!

Maka itu, Umno/Bn perlu diberi pengajaran sewajarnya dalam PRU ke 13 nanti agar Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk menyelesaikan segala kemelut yang sengaja diperpanjangkan! Cukuplah dibiarkan mereka membuli!!

Berita dipetik: Konon!!!!


Isu Air: MB Selangor Tidak Beri Kerjasama 

BANTING: Kegagalan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kejasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini pada Isnin.

Mohd Zin berkata kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyatan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Sumber:mstar

No comments: