Followers

Monday, July 02, 2012

Hudud pertama akan dilaksanakan di Johor! Kelantan dah ketinggalan!

Nampaknya rakyat Johor lebih bertuah berbanding rakyat Kelantan, Trengganu dan Kedah kerana tidak lama lagi Johor akan laksanakan hukum Hudud! Tak kiralah hudud Umno ke, Pas ke, yang penting hudud yang menepati tuntutan Islam!

Kalau Kelantan dan Trengganu mahu laksanakan hudud penuh dengan pertembungan dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya, diharap hasrat Johor itu tidak akan diganggu. Sekurang-kurangnya jika hasrat Johor yang disuarakan oleh seorang wakil Rakyat Johor itu tidak akan mudah dihalang oleh pelbagai halangan petualang yang cuba bersilat lidah bercabang biawak!

Kita sebagai umat Islam gumbira kalau benar-benar ianya menjadi kenyataan di Johor walaupun Johor yang diperintah UBN mendahului negeri-negeri yang di perintah oleh parti yang kita sokong! Hudud punya hal kita sokong da kita suke.

Cuma yang menjadi ralat setakat hari ini, Tok Ti Johor dan Exco Agama Islam Johor masih tak nak komen. Leceh betul! Patutnya komenlah cepat-cepat, bukankah itu benda baik dan tuntutan agama! Tak apalah, biarkan siluncai berdua atau bertiga itu, cuma kita nak dengar selepas ini apa pula komen pihak yang dimaktubkan perlembagaan sebagai ketua yang menjaga agama? Setuju tak? Kalau setuju ia, alhamdulillahhh....bolehlah kita selamatkan golongan yang suke berfoya-foya itu!!!

No comments: