Followers

Friday, July 06, 2012

bukan Kit siang je, aku pun menyampah!!



Dia hairan dan bingong kenapa Lim Kit Siang benci pada dia! Sebenarnya, kalau benarlah Lim Kit Siang benci pada dia, bukan Lim Kit Siang seorang, aku pun menyampah dan benci!! Dalam keadaan rumah kata pergi kubur kata mari, mulut dok merepek macam-macam! 

Orang semua tak bagus, orang semua tak pandai, orang semua tak berjasa, orang semua tak ada pengalaman!

Kalau yang bernama Abdullah Badawi (bukan sokong Abdullah) tu tak ada langsung yang baik! Itu Abdullah salah, ini pun Abdullah punya pasal, dialah seorang yang betul belaka bagaikan malaikat! Piiraah mamak....menyampah aku!!!!

Pada hal dialah yang melungkupkan kuasa raja-raja melayu! Dialah yang menghakis ekuiti ekonomi orang Melayu! Dialah yang banyak menggadai TRM! Dialah yang menjahanamkan bahasa Melayu! Dialah yang nak hilangkan Sekolah Agama Rakyat! Dialah yang mengajar membuat fitnah dalam kalangan orang melayu! Dialah yang menghapuskan Umno tulin! Dialah yang mengayakan kroni dan anak beranaknya! Dialah yang menghina hukum hudud dan syariat Islam. Dialah yang jahanamkan sistem kehakiman Malaysia sampai  terpecat Tun Salleh Abas. 

Dan baru-baru ini pecah rahsia apabila Kassim Ahmad sendiri mengaku bahawa dialah yang kuat sokong buku anti Hadis Kassim Ahmad! Sepatah kata Pak MSO, dia ni tetap jahat! Memang jahatlah!!!! 

Konon apabila orang buat tak baik pada dia, rakyat akan sokong BN!!! Piiiiiraah! Yang sokong ngko bukan rakyat Malaysia tapi...bangla, mynmar, mat indon, filipina!!

Artikel dipetik:

“Saya tak tahu kenapa dia benci pada saya”

Jonathan Yong

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

"Tidak ada 'Mahathirisme'. Saya berkhidmat kepada negara, itu sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, saya ada hak untuk menyokong negara saya dan memastikan ianya baik," kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.


Lim juga menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya baru-baru ini bahawa pengundi Cina merupaka "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.


"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya," kata mantan perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata serangan DAP itu hanya akan memperkasakan BN dan mendakwa bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditolak pengundi kerana memberi layanan tidak baik terhadapnya.

Katanya, apabila Abdullah tidak baik kepadanya, rakyat tidak sokong BN, "jadi masih ada orang yang bersimpati dengan saya".

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta  menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk kembali berkuasa.

"Jika saya mengawal Najib, maka keadaan akan menjadi agak berbeza," kataya sambil menafikan beliau bekerja di belakang tabir menjelang pilihan raya umum yang penting kali ini.

Ditanya sama ada BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 jika beliau masih berkuasa, Dr Mahathir menjawab beliau tidak pasti.

"Saya berkuasa selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin ia akan berbeza.

"Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.


Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.


Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Sumber: malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

setujuuuuuuuuuuuuuuu 200%

Anonymous said...

lg satu bro,dia ni lh punca perpecahan org2 mlayu.Jgn lupa sewaktu TS Musa Hitam mletak jawatan,UMNO dh mula berpecah.Sewaktu pra-pasca pemilihan UMNO 1987,UMNO berpecah lg.Slepas pemecatan DSAI brlaku lg perpecahan.Dn mamak padukang ni bkn tau utk memulih kn kmbali prpaduan org2 mlayu.Dia memilih utk trus br konfrantasi dgn musuh ny.Slps UMNO 88 di tubuh kn prlu di ingt dia mngluar kn larangan utk org2 dr kem Ku Li tdk di bnar kn mnyrtai UMNO Baru.Dia mroyan sbab tkut kn pnyelewengan ny trbongkar