Followers

Friday, July 27, 2012

Alahai Majlis Profesor Negara....Pandir!!

Tiba-tiba MPN muncul dengan kajian bahawa anak Mahathir adalah calon popular untuk menjadi MB Umno di Kedah! Tiba-tiba! 

Bila termuntah hasil kajian ini ianya agak menimbulkan pertanyaan kepada ramai orang termasuklah penulis. Apa pentingnya agaknya isu anak Mahathir itu konon paling popular sebagai bakal MB Umno Kedah hingga yang membuat kajian itu ialah MPM? Apa ke benda MPM ini?

Menurut ceritanya MPM ini ialah Majlis Profesor Negara! Majlis Profesor Negara buat kajian tentang anak Mahathir sebagai bakal MB Kedah? Di sini ada kelakar sedikit tentang puak-puak profesor di Malaysia ini, kerana isu itu yang dikajinya!!

Sesungguhnya Majlis Profesor Negara buat malu puak-puak yang bergelar profesor sahaja! Sudah tak ada kerja ke puak-puak ini dan dah tak ada isu penting lainkah yang hendak dikaji oleh para profesor? Woi...awak itu profesor bukan pengerusi JKKKK!! Tak payahlah MPM kaji benda-benda begitu! Banyak lagi perkara ilmiah lain yang lebih cerdik buat dikaji oleh MPM! 

Contohnya kajilah bagaimana Bahasa Melayu boleh didaulatkan kembali sebagai bahasa perpaduan dan ilmiah bertaraf dunia setelah 'dimandulkan' oleh Umno/Bn. Bagaimana melahirkan lebih ramai usahawan sederhana yang bertaraf jutawan di Malaysia? Bagaimana boleh dihapuskan kronisma dan rasuah dalam parti-parti yang memerintah di Putrajaya selarang? Bagaimana mahu menghapuskan kemiskinan secara total di Malaysia yang kaya raya? Bagaimana mahu menjayakan ekonomi berdikari bumiputra setanding dengan kaum lain dan lain-lain isu yang lebih penting dan munasabah berbanding isu siapa MB Umno Kedah yang hanya sesuai dikaji oleh para blogger bebas melalui laman blog masing-masing!!

Dengan kajian konon anak Mahathir adalah calon popular  MB  Umno di Kedah, Majlis Profesor Negara telah merendahkan taraf keprofesoran mereka. Kalau begitu, apakah keterlaluan jika ada yang menggelar MPM, 'Majlis Pandir Negara'?


3 comments:

Anonymous said...

Dulu geng ni juga yg kata Malaysia tak di jajah, kalau tak salah aku.
kalau salah sorry ...

Anonymous said...

Salam,

Saya setuju. Sebab itulah taraf ranking universiti awam di Malaysia kalah oleh Singapore sebagai contoh.

Ini satu lagi kes mengeni Bahasa Melayu. TV tempatan kena tegas sedikit bila menemuramah orang bukan Melayu dalam rancangan yang berbahasa Melayu. Saya bukan nak mempertikai bahasa Inggeris. Tapi bila di interview (orang India no problem) selalunya orang Cina kebanyakannya malu nak berbahasa Melayu. Saya rasa apa susah sangatkah mereka nak berbahasa Melayu atau "MALU". Ini yang saya selalu perhatikan.

Sama juga segelintir orang Melayu, bla ditemuramah, syok sangat nak cakap berlagak Mat Salleh. Bagi saya penggunaan Bahasa Inggeris kena pada tempatnya.

Kita lihat kalau Presiden China atau Chancellor German, mana ada mereka berucap dalam bahasa Inggeris dalam upacara khas bertemu pemimpin asing. Ini pemimpin Malaysia kedekut sangat nak berbahasa Melayu depan orang asing.

Anonymous said...

entah lh,aku pun heran tengok profesor2 di Malaysia ni.buat le kajian tentang knp kos sara hidup ni trlalu tinggi ke.ini dok sibuk nk promote ank Madey.Madey tu sendiri bnyk melaku kn kerosakan di Malaysia,tk pyh le nak bagi ank dia smbg lg.Keturunan Madey ni patut di henti kn karier politik mereka.