Followers

Tuesday, June 12, 2012

WOI...SEKALIAN MANUSIA!!! DENGAR SINI, PANEL HANIF KANN AKAN CARI KEBENARANNN!!!



Abu Seman ni seorang lagi, kalau nak buat kelakar pun biarlah kena pada orangnya! Kahkahkahkahkah....panel Hanif akan cari kebenaran? Jumpa ke!?

Rasanya sebelum Panel Hanif nak cari kebenaran apa sebenar yang berlaku dalam perhimpunan Aman Bersih 3.0, suruh dulu Hanif cari ayat mengenai judi dalam al-Quran. Ayat tu maha benar, jelas lagi. Suruh dia cari ayat tu dulu!

Abu Seman kata mencari kebenaran adalah perkara penting dan ia menjadi sebab kenapa kerajaan tidak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyiasatnya.

Alahai Abu Seman, habis imej Suruhanjaya Hak Asasi Manusia! Macam suruhanraya tidak dipercayai oleh kerajaan UBN je? Panel Hanif lagi benar? Huhuhuhu......

Oh ya....‘fatwanya’ mudah, yang mana songsang dengan UBN, tak ada kebenaran!!! Sampai bila agaknya Umno nak menganut 'fahaman' ini?

Berita dipetik:

KDN: Panel Hanif akan cari kebenaran 

Hazlan Zakaria

Kerajaan akan bergantung kepada panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar untuk mencari penjelasan sebenar apa yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop (kiri) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata, panel bebas itu akan mencari kebenaran berhubung apa yang berlaku.

Abu Seman mengulas soalan tambahan daripada Lilah Yassin (BN-Jempol) berhubung sama ada kerajaan bermaksud mahu mengambil tindakan terhadap parti pembangkang bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghasut kepada keganasan.

Abu Seman berkata, mencari kebenaran adalah perkara penting dan ia menjadi sebab kenapa kerajaan tidak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyiasatnya.

Abu Seman bagaimanapun berkata, Suhakam boleh membentuk panel sendiri untuk menyiasat apa yang berlaku semasa perhimpunan tersebut jika dirasakan perlu.

Sumber:malaysiakini

No comments: