Followers

Friday, June 08, 2012

Umno 'panar' pulak dah!

Menteri Pengajian Tinggi yang tak standard dari kerajaan UBN, Khalid Nordin telah menarik balik tindakan 'tolol' membeku PTPTN kepada para pelajar baru Unisel di Selangor! Inilah padahnya apabila semua perkara Umno nak polilikkan. Tindakan yang sebenarnya menjadi tanggungjawab hakiki mana-mana kerajaan pusat pun mahu dipolitikkan demi dendam kesumat yang  membusung di hati. 

Bilalah agaknya para pemimpin Umno ini mahu sedar dan mampu berfikiran tinggi? Apakah mereka ini terus buta hati untuk memuhasabah diri mereka dari masalah yang membelit ke seluruh anggota mereka. Dari paling atas, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet hinggalah ke Tokeh ikan Bakar Sekincan, Bos senaman punggung dan Yop Pasior penuh dengan masalah, namun masih tak sedar-sedar diri! Masih lagi mahu membuli rakyat dengan menunjuk kuasa secara tolol dan melucukan! Betul kata Datuk Bakar Chik, Umno nak tunjuk kuasa tak kena tempat!

Nampaknya para penasihat Umno yang ada pada hari ini tidak sekali-kali membawa Umno ke aras kewarasan fikiran dan tindakan sebaliknya dari tindakan tolol pihak kepimpinan Umno kini para pemimpin Umno sedang berada dalam kebingungan pula- jadi tak tentu arah! Patutlah Tan Sri Kadiaq menyampah!

Apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa kepimpinnan negara yang ada pada hari ini yang berketuakan Umno sungguh memalukan dan demi maruha dan kehormatan rakyat, UBN memang perlu diganti segera dalam PRU ke 13 nanti. Jangan tunggu-tunggu lagi, ABU!



No comments: